“For me, all matches have been challenging from the first day with JDT. It is because every team wants to win and will give full commitment when playing against us. We cannot take any match lightly and have to play to our very best.”

Kami telah bersedia untuk bertemu pasukan Negeri Sembilan. Sasaran kami untuk perlawanan malam ini adalah membawa pulang tiga mata penting. Sememangnya kami mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan dan kami perlu terus mengekalkannya bagi menjarakkan kedudukan dengan pasukan lain.
Bagi saya, semua perlawanan amat mencabar sejak hari pertama lagi bersama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Hal ini kerana semua pasukan mahukan kemenangan dan pasti akan memberikan sepenuh komitmen ketika menentang kami. Kami tidak boleh mengambil mudah dalam mana-mana perlawanan dan perlu bermain dengan sehabis baik.
Kami sedar bahawa kami merupakan pasukan terbaik dalam Malaysia, oleh itu kami perlu sentiasa memberikan yang terbaik dan cuba memenangi setiap perlawanan. Sekiranya kami berjaya menjaringkan gol awal dalam perlawanan ini, ia mungkin akan menjadikan perlawanan menjadi lebih mudah.
Walaubagaimanapun, segalanya bergantung kepada situasi pasukan lawan dan juga bagaimana kami memulakan perlawanan. Kami sangat memerlukan sokongan anda semua dan sudah semestinya kami akan memberikan yang terbaik buat semua penyokong untuk terus menang dan terus kekal di tangga pertama liga.
Gonzalo Cabrera, Pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
———
We are ready to face Negeri Sembilan. Our target for tonight's match is to bring home three important points. Of course we want to win every match and we need to maintain it to keep the gap with other teams.
For me, all matches have been challenging from the first day with Johor Darul Ta'zim FC (JDT). It is because every team wants to win and will give full commitment when playing against us. We cannot take any match lightly and have to play to our very best.
We are aware that we are the best team in Malaysia, so we need to continuously give our best and try to win every match. If we can score an early goal in this match, it will make the match a lot easier.
However, it all depends on the opponents and how we begin the match. We really need everyone's support and of course we will give our all for the fans to continue winning and being at the top of the league.
Gonzalo Cabrera, Johor Darul Ta'zim FC Player

Ulasan