"At JDT, we have many players who can shoulder the responsibility as the captain. I'm very honoured to be entrusted with the captaincy tonight. At JDT, we also have great young players and I feel it brings a good balance to the team."

Di dalam Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), kami mempunyai ramai yang mampu menggalas tugas selaku kapten pasukan. Saya berasa terhormat apabila diberi kepercayaan sebagai kapten pada malam ini. Di JDT juga kami mempunyai pemain muda yang hebat dan saya dapat rasakan ia merupakan satu keseimbangan yang baik dalam pasukan.
Mengenai perlawanan menentang Negeri Sembilan, ia bukanlah perlawanan yang mudah bagi kami lebih-lebih lagi kami baru sahaja mempunyai perlawanan pada tiga hari lepas. Kami mempunyai tempoh masa pemulihan yang agak singkat, begitu juga dengan sesi latihan. Kami tampak berdepan masalah di separuh masa kedua, namun kami cuba mengawal perlawanan semula dan saya rasakan kami telah berjaya.
Walaupun kini kami berada di kedudukan yang selamat, kami masih perlu bekerja keras kerana kami masih mempunyai banyak lagi perlawanan yang perlu diharungi. Selepas ini pula kami perlu mengharungi perlawanan bertemu pasukan Selangor dan saya rasakan ia juga akan menjadi satu lagi perlawanan sukar bagi kami.
Kami juga akan menerima kehadiran dua pemain baharu di JDT. Saya yakin dalam masa seminggu ini kami akan dapat mempersiapkan diri dengan sebaiknya untuk perlawanan bertemu Selangor. Mengenai Novello, beliau merupakan pemain yang amat berkualiti. Apabila pihak pengurusan JDT membawa beliau masuk, itu bermakna beliau amat bagus untuk kami dan saya merasakan beliau akan bermain dengan amat baik untuk kelab.
Hariss Harun, Pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
———
At Johor Darul Ta'zim FC (JDT), we have many players who can shoulder the responsibility as the captain. I'm very honoured to be entrusted with the captaincy tonight. At JDT, we also have great young players and I feel it brings a good balance to the team.
Regarding the match against Negeri Sembilan, it was not an easy match especially after we just had a match three days ago. We had a very short recovery time as well as training. We had troubles in the second half, but we tried to control the game again and I feel we succeeded.
Although we are now in a safe position, we still need to work hard because there are more matches to go. After this we will play against Selangor and I feel it will be another tough match for us.
We will also be welcoming two new players at JDT. I'm confident that in a week's time we will get to prepare ourselves well for the match against Selangor. Regarding Novello, he is a player of top quality. When the JDT management wants to bring him in, it means that he is very good for us and I feel he will play really well for the club.
Hariss Harun, Johor Darul Ta'zim FC Player

Ulasan