"We won't underestimate to oppositions team and we are already aware of their advantages. We also have ours. The important thing is to do our best, follow what the coaches trained us to do and everyone gives their 100%." -Safiq Rahim

SAYA DAN RAKAN-RAKAN AKAN BERUSAHA MEMBERIKAN AKSI PERSEMBAHAN YANG TERBAIK
Alhamdulillah, persiapan bertemu pasukan Song Lam Nghe An berjalan dengan baik. Semestinya kami mahukan keputusan yang baik dan mahukan kemenangan untuk mengembalikan moral pasukan dan mengembalikan moral semua penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT). Saya berharap kami dapat melakukan yang terbaik dan memberikan aksi perlawanan yang hebat, Insya-Allah.
Kami tidak akan memandang rendah kepada pasukan lawan dan kami juga sedia maklum akan kelebihan mereka. Namun kami juga mempunyai kelebihan kami sendiri. Apa yang penting adalah sekiranya kami melakukan yang terbaik, mengikuti segala taktikal yang telah diberikan jurulatih dan semua pemain memberikan seratus peratus, insya-Allah kami boleh mendapatkan keputusan yang baik.
Dalam bola sepak, bermacam-macam perkara boleh berlaku. Kadang-kadang kita boleh menang dengan keputusan 6-0, kadang-kadang boleh menang 1-0, kadang-kadang kita seri, dan kadang-kadang mendapat keputusan yang tidak bagus. Apa sahaja boleh berlaku. Kami perlu menjalankan tugas sebagai pemain dan memberikan yang terbaik. Apa yang penting adalah berikan segalanya dan ingat pada objektif yang kami mahukan dalam setiap perlawanan.
Pastinya kami mahukan keputusan yang terbaik lebih-lebih lagi kami bermain di halaman sendiri. Kami tidak mahu mengecewakan para penyokong dan moral pasukan. Kami perlu memberikan yang terbaik dan mengambil kesempatan di atas segala kelebihan yang ada. Saya dan rakan-rakan akan berusaha memberikan aksi persembahan yang terbaik.
Safiq Rahim, Pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
———
MY TEAMMATES AND I WILL WORK HARD TO GIVE A GOOD PERFORMANCE
Alhamdullilah, preperations for the Song Lam Nghe An match up are going smoothly. We want the best result and we want to win so we could lift up the morale of the team and also the fans of Johor Darul Ta'zim (JDT). I hope we all do our best and have a great game. God willing.
We won't underestimate to oppositions team and we are already aware of their advantages. We also have ours. The important thing is to do our best, follow what the coaches trained us to do and everyone gives their 100%. God-willing, we will get a good result.
In football anything can happen. Sometimes you can win 6-0, some other time 1-0 or get a draw, and by some off chance we lose the game, and thats not good. Anything can happen. We need to do our jobs as players and give our best. Give our best and stick to the objective that and goals that we want in every game.
We want the best result we can get, even more so that we are playing on home ground. We do not want to let the fans or the teams morale slip even lower. We need to give the best and use our advantages. The team and I will work hard and give our best performance.
Safiq Rahim, Johor Darul Ta'zim FC Player

Ulasan