KAMI ADA TIGA PEMAIN LUAR NEGARA BAHARU YANG AKAN DIBELI UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI DAN KEDUDUKAN JDT II
Masalah pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) adalah kami tidak mempunyai pemain luar negara di barisan hadapan. Kami hanya bermain dengan dua pemain luar negara di bahagian kanan dan bahagian pertahanan. Di dalam bola sepak, jika bahagian hadapan serangan tidak kuat, kita akan menghadapi masalah. Dan inilah masalah yang dihadapi oleh JDT II kerana musim-musim sebelum ini JDT II mempunyai penyerang luar negara tetapi buat masa ini kami tidak mempunyai pemain luar negara di posisi tersebut.
Apabila jendela perpindahan dibuka bulan Mei nanti, kami akan membeli seorang penyerang luar negara dan seorang pemain tengah menyerang yang akan menjadi penyerang kedua untuk JDT II. Selepas itu kami jamin bahawa kedudukan dan prestasi JDT II akan meningkat.
JDT II adalah sebuah kelab pembangunan dimana kami menentang pasukan yang berusaha dan berbelanja untuk layak ke Liga Super. Jadi mereka mempunyai pemain yang lebih berkualiti dan berbelanja lebih untuk pemain luar negara mereka. Kami tidak boleh melakukan perkara yang sama kerana keutamaan kami adalah pembangunan dan pasukan utama kami iaitu JDT. Tetapi, walaubagaimanapun kami telah mempunyai bajet yang diberikan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor bagi mempertingkatkan prestasi JDT II. Jadi, kami jamin prestasi pasukan ini dapat meningkat untuk masa akan datang.
Alistair Edwards, Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
————
WE HAVE THREE NEW FOREIGN PLAYERS TO BE BOUGHT TO IMPROVE THE PERFORMANCE AND POSITION OF JDT II
The problem with Johor Darul Ta'zim II (JDT II) is that we do not have any foreign players in the front line. We only play with two foreign players, one on the right and one defensive player. In football, if we do not have a strong offensive line, then we will have a problem, and this is the problem that JDT II are facing this season. From past seasons, JDT II had good foreign players to fill in the position but not anymore.
When the transfer window opens in May, we will aquire one foreign attacking forward and one attacking midfielder as the second attacker for JDT II. We guarantee that JDT II's position and standing will improve.
JDT II is a development team where we go up againts teams that work hard and spend to qualify for the Liga Super. They have better quality players and spend more on their foreign players. We cannot do the same because we are a development team and our main squad is JDT, however we have recieved our budget from HRH Crown Prince of Johor to improve the team's performance for the future.
Alistair Edwards, Johor Darul Ta’zim FC Technical Director
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan