This article talks about the current issue that has become a model for political parties to obtain a publicity victory. It involves a misunderstanding that occured after HRH Crown Prince of Johor,voiced his personal opinions on national politics.

HIPOTESIS PROPOSISI DIALEKTIKA RAKYAT JAUHAR
Suatu petang dikedai mamak, bersama isteri tercinta saya berborak, dalam cuaca yang begitu abstrak. Cumulus dan stratus begerak serta berarak. Gumpalan putih dan hitam bentuknya bercorak, entah hujan atau panas tak dapatlah diagak.
"Data sawala empayar daksina"
Dalam pada kami bercerita, isteri bertanya satu isu yang hebat diperkata, tentang beberapa hari polemik isu jadi perbalahan, jadi modal parti politik untuk memancing publisiti kemenangan.
Saya menerangkan kepada isteri, ini salah faham tentang bahasa kiasan yang Tunku beri, yang kurang faham akan terus melenting, yang benar faham akan tenang dan tidak runsing.
"Segregasi akibat ektremis politik "
Saya menerangkan kembali,
Walaupun kita berlainan fahaman dan ideologi, atau pun berlainan warna baju dan juga parti, haruslah bersatu jangan kira hari, tetap setia mendokong payung Kesultanan supaya institusi teguh berdiri. Kerana perpecahan menyebabkan kita hilang jati diri.
Saya menyambung cerita,
betapa rakyat Jauhar begitu bertuah,
VVS 1 bertakhta di tanah biru dan merah, lahirnya Tunku yang berjiwa rakyat, berkawan bergaul tidak mengira pangkat dan darjat.
"Monolog Truisme "
Isteri saya bertanya satu lagi soalan dalam diskusi, tentang kenyataan tular yang termanifestasi, kenapa Tunku menyentuh politik hingga rakyat pejoratif? Lalu saya mengawal respirasi untuk aura positif , akan saya cerita segala argumentatif, supaya segala yang dikongsi dinyahkaburan lalu persuasif.
Saya meneguk secawan teh tarik, supaya vocal lebih menarik, sebelum isteri mengantuk memaksa untuk balik.
"Untuk Rakyat..semuanya kerana rakyat"
Tunku akan berkhidmat sepanjang hayat, walaupun tugas ini berat, untuk bangsa Johor Tunku tetap mengerah kederat.
"Asonasi dalam intonasi"
Tunku pernah bertitah,
"Sejak zaman almarhum nenda dan ayahanda saya, kami sentiasa rapat dengan rakyat. Tiada gunanya saya dilahirkan sebagai Tunku Mahkota, jika hanya duduk dan jadi boneka"-
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Saya menyambung cerita saya kembali, saya khabarkan kepada sang isteri, keluarga Di Raja Johor memang telah dididik untuk dekat dengan rakyat. Menolak protokol atau segala istiadat. Untuk melihat rakyat secara dekat.
"Dirgahayu Sultan yang unggul"
Kembara Makhkota setiap tahun ada dalam agenda baginda, setiap pelusuk daerah baginda cuba untuk menziarah.
Program ini bagaikan satu jam loceng untuk ahli politik yang tidur, segala jalan yang buruk segera diperbaiki sebelum ditegur, YB yang tidak pernah nampak muka juga akan tiba-tiba muncul, kononnya mereka Ahli Politik yang peka rakyatnya mashgul.
Semasa Program Kembara Mahkota, pada dua puluh tiga Jun tahun dua ribu empat belas dalam kalendar,
Saya bertugas untuk program kembara mahkota diwaktu itu. Untuk sebuah agensi yang tidak perlu saya beritahu.
Saya begitu teruja menunggu kedatangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj, Sultan Johor tiba. Kerana ini adalah kali pertama berdepan muka. Rasa gentar rasa tak sabar. Jantung laju Dada bedebar. Tubuh berasa sejuk, panas bercampur tidak sekata. Kulit jadi gatal umpama infeksi gelegata. Melihat kenderaan pengiring sudah bersusun satu arah, petanda baginda sudah hampir tiba lalu berita dihebah.
"Lebih kurang jam sepuluh tiga puluh pagi delegasi sampai ke destinasi, sebuah bas hitam tiba baginda pandu baswara di lokasi"
Baginda disambut meriah oleh rakyat yang ingin menyaksikan baginda Sultan secara dekat. Baginda berpakaian informal tetapi tetap nampak segak dan hebat. Baginda berjalan sambil tangan baginda berjabat. Sambil senyum baginda mahu bercampur dengan rakyat.
Setibanya baginda ke tapak lokasi pameran, saya di arahkan oleh seorang pegawai atasan, untuk menyediakan baginda secawan air jenama kopiesatu, saya terkejut langkah jalan juga melahu.
Saya berdekatan dengan baginda Sultan dalam beberapa hasta, terdengar baginda Sultan telah bertitah,
"Kopi o ais, jangan ada gula, pakai cawan plastik tu saja ya"
Saya begitu terkejut, bibir sendiri saya pagut, saya menjangkakan hidangan air itu perlu dihidangkan secara protokol di Raja, rupanya baginda hanya mahu dilayan bersahaja, Menolak segala istiadat tatacara protokol yang formal, baginda lebih suka secara santai tanpa istiadat lazim yang normal.
Arakian setelah semuanya tersedia, dengan perasaan yang bangga dalam hati saya berkata,
"Itu Sultan saya! Itulah Sultan saya!!"
Diwaktu itu juga,
Saya sempat melihat sekeliling, kelihatan anakanda baginda bebas berjalan tanpa protokol tetapi masih diawasi beberapa pengiring.
Paling tidak dilupa,
Dari jarak 50meter saya dapat lihat Almarhum Tunku Jalil yang berjaket dan bertopi hitam, di sebuah khemah khas masakan Almarhum berdiri di dalam, Kelihatan sedang bebual sambil Almarhum bergurau, dengan salah seorang warga emas bersuara tonasi garau.
"Empati seorang Sultan"
Pernah diceritakan juga satu ceritera, dari seorang peniaga mee bandung di medan selera, lokasi Tanjung emas, daerah muar, selepas subuh hari baginda pasti akan keluar, berjalan kaki mengeliling taman , kadang-kadang di kedai dia baginda berhenti bersarapan, bersahaja duduk di kerusi plastik, baginda menolak dihidang pinggan dan sudu yang cantik-cantik, baginda mahu sama seperti pelanggan yang lain, Baginda mahu emansipasi seperti rakyat marhaen.
"Transisi Wangsa Adhigana"
Keluarga diraja Johor amat berbeza dengan ahli politik dan juga menteri, distorsi boleh diibaratkan,
Baginda berjiwa rakyat, manakala ahli politik berjiwa Sultan.
"Jerat halus kelindan sutera"
Politikus tetaplah politikus. Agenda mereka umpama virus. Merbahaya seperti ombak teahupoo yang menjirus.
Saya bangun menamatkan perbualan. Sejurus melihat waktu jam di tangan, sudah tiba masa untuk kami mengatur jalan. Balik ke rumah sebelum berkumandang azan.
Akhir kalam,
Amarah dalam hati gegas kita purifikasi,
Ideologi politik dalam rasional kita priskripsi,
Biarkan formula oppenheimer meledak menghancurkan,
Perpaduan bangsa Jauhar harus kita dahulu dan utamakan.
"Mahmudah dalam konotasi,
Obligasi untuk implementasi,
Nihilisme bukan regulasi aspirasi,
Altruisme baginda konsolidasi,
Rakyat Jauhar itu artikulasi,
Kosmologi harus moderasi,
Indikator mencegah terjadi oksidasi!"
Kita nantikan waktu itu....
Daulat Tuanku..
Artistik dari manusia satu denyut
Terimalah,
"HIPOTESIS PROPOSISI DIALEKTIKA RAKYAT JAUHAR"
Congak corak taktikal bergerak
Nampak tegak rentak bergolak
Gempur tempur jangan tersungkur
Merah tak kabur biru tak luntur
Merah itu darahmu,biru itu nyawamu
🔴🔵
Dayung sudah ditangan,perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat,buruk kata luar muafakat
-cheritha sudah tammat-

Ulasan