"The match has lifted the players' morale. We tried our best in the match. Only luck wasn't on our side. We will not stop and will continue to try. Good things must always be continued." -Safiq Rahim

KAMI MAHU KEMBALIKAN AURA POSITIF DALAM KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM
Perlawanan ini sedikit sebanyak telah menaikkan moral para pemain. Kami telah cuba melakukan yang terbaik untuk perlawanan ini. Hanya rezeki tidak berpihak kepada kami. Kami tidak akan berhenti dan akan sentiasa terus mencuba. Perkara yang baik mesti diteruskan. Perkara yang tidak baik perlu dihindarkan dan segala kesilapan perlu diperbetulkan. Kami masih mempunyai masa untuk mendapatkan objektif kami.
Mengenai JDT tidak berjaya meneruskan saingan ke Piala FA dan juga Piala AFC, kami ada sedikit terkesan apabila perkara tidak baik berlaku kepada kami. Walaupun ia merupakan satu keputusan yang tidak baik namun kami perlu terus melangkah dan mencari penyelesaian untuk terus menjadi yang terbaik untuk masa akan datang.
Kini objektif kami adalah Liga Super dan kami perlu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada saingan liga. Kami akan teruskan berusaha untuk mengembalikan semula moral kami. Seperti yang telah saya katakan sebelum ini iaitu untuk membawa masuk kembali moral positif dan udara positif ke dalam pasukan serta kepada para penyokong. Kami mahu kembalikan semula aura positif dalam Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
Safiq Rahim, Pemain Kelab Bolaseak Johor Darul Ta’zim
———
WE WANT TO RESTORE THE POSITIVE AURA AT JOHOR DARUL TA'ZIM FC
The match has lifted the players' morale. We tried our best in the match. Only luck wasn't on our side. We will not stop and will continue to try. Good things must always be continued. Bad things should be avoided and all mistakes need to be fixed. We have time on our side to meet our objective.
Regarding JDT not advancing in the FA Cup and AFC Cup, we are affected when bad things happen to us. Although it is not a good result, we still need to move forward and find solutions to be the best in the future.
Now our objective is the Super League and we need to give our full focus on the league. We will continue working hard to restore our morale. As I have said, we want to bring back the positive morale and atmosphere to the team and fans. We want to restore the positive aura at Johor Darul Ta'zim FC (JDT).
Safiq Rahim, Johor Darul Ta'zim FC Player

Ulasan