PENYOKONG Tok Gajah beratur di tengah panas untuk
membeli tiket perlawanan suku akhir Piala FA menentang Johor Darul Takzim di
pekarangan Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang hari ini. - UTUSAN
ONLINE/Ahmad Zakki Jilan
KUANTAN 5 April - Para penyokong dan peminat
skuad Tok Gajah menyerbu kaunter jualan tiket di Stadium Darul Makmur di sini
bagi mendapatkan tiket perlawanan suku akhir Piala FA menentang Johor Darul
Ta'zim (JDT) malam esok.
Penyokong mula beratur sejak pukul 11 pagi tadi
untuk mendapatkan tiket perlawanan itu meskipun hanya dijual pada pukul 2
petang.
Sebanyak 28,000 tiket diperuntukkan buat penyokong Pahang manakala 100 keping diberikan kepada pasukan lawan.
Jualan tiket disambung pada pukul 9.30 pagi esok
sehingga waktu perlawanan. - UTUSAN ONLINE
Ulasan
Catat Ulasan