KUANTAN: Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) memperuntukkan
28,000 tiket bagi suku akhir pertama Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul
Ta'zim (JDT) di Stadium Darul Makmur, Jumaat ini.
Setiausaha Agung PBNP, Norlia Abdul Manaf berkata, penyokong
Pahang boleh mendapatkan tiket itu yang akan dijual selama dua hari bermula
esok.
Katanya, sebanyak empat
tiket dihadkan setiap seorang dengan kaunter mula dibuka jam 2 petang hingga
6.30 petang esok dan 9 pagi hingga 12 tengah hari, Jumaat ni.
"Dengan pembukaan
kaunter jualan tiket sehari lebih awal sebelum perlawanan, ia diharap
memudahkan peminat untuk mendapatkan tiket.
"Harga tiket membabitkan
aksi suku akhir pertama Piala FA adalah RM23 untuk grandstand, RM13
(berbumbung) dan RM10 (terbuka). PBNP turut menyediakan kaunter jualan tiket
khas untuk golongan wanita," katanya di sini, hari ini.
Bagi keselesaan kepada
penyokong, beliau meminta semua peminat tiba lebih awal kerana pintu masuk
stadium mula dibuka jam 6 petang.
Ulasan
Catat Ulasan