PAHANG akan bertemu dengan JDT pada esok malam
dan pihak polis meminta semua penyokong menjaga tatasusila. - UTUSAN ONLINE
KUANTAN 5 April -
Penyokong dan peminat bola sepak yang hadir menyaksikan perlawanan suku akhir
Piala FA 2018 di Stadium Darul Makmur malam esok dinasihatkan menjaga
tatasusila dan tidak melakukan provokasi melampau sehingga menimbulkan
kekacauan pada perlawanan itu.
MOHD.
NOOR YUSOF ALI
Ketua Polis Daerah,
Asisten Komisioner Mohd. Noor Yusof Ali berkata, pihaknya menasihatkan supaya
semua penyokong kedua-dua pasukan mematuhi segala peraturan ditetapkan oleh
pihak keselamatan sepanjang berlangsungnya perlawanan antara pasukan Tok Gajah
menentang pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu.
"Kita mahu mengingatkan
kepada mereka supaya tidak membawa masuk barang larangan ke kawasan stadium
seperti mercun, suar dan senjata tajam. Pihak polis akan segera mengambil
tindakan undang-undang sekiranya mendapati ada berlaku perkara tersebut.
"Pada masa sama, kita
minta penyokong supaya hadir awal ke stadium bagi mengelakkan kesesakan berlaku
di pintu masuk stadium dan kawasan sekitarnya memandangkan perlawanan diadakan
pada hari Jumaat dan lazimnya bilangan kenderaan masuk ke bandar
bertambah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd. Noor turut mengingatkan
kepada penyokong supaya tidak meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan
sehingga menghalang lalulintas dan pihaknya akan mengambil tindakan kepada
individu yang melanggar peraturan lalulintas.
"Pintu masuk stadium akan
dibuka bermula pukul 6 petang, kita berharap perlawanan ini berlangsung dalam
keadaan aman dan penyokong dapat saling hormat-menghormati antara satu sama
lain," katanya. - UTUSAN ONLINE
Ulasan
Catat Ulasan