“I always remind all my players that we need to attack to score as many goals, but at the same time we need to be smart in controlling the game for 90 minutes on the pitch because Pahang have fast and dangerous players in offence.”

KAMI TELAH MELAKUKAN PERSEDIAAN SEBAIK MUNGKIN UNTUK BERTEMU PAHANG DALAM PERLAWANAN INI
Kami telah melakukan persediaan dengan sebaiknya untuk menghadapi pasukan Pahang dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA pada Jumaat ini. Saya tahu ini merupakan perlawanan yang sukar namun kami akan sedaya upaya memenangi perlawanan tersebut dan saya amat yakin dengan semua para pemain saya.
Kami sangat memerlukan kemenangan ini dan dalam masa yang sama kami perlu mengawal pasukan Pahang kerana mereka mempunyai barisan serangan yang amat bahaya. Buat masa ini saya amat gembira dengan prestasi dan sikap yang dipamerkan para pemain saya lebih-lebih lagi selepas memperoleh kemenangan 3-0 ke atas PKNS baru-baru ini.
Kami sedar bahawa perlawanan bertemu PKNS merupakan satu perlawanan yang berbeza dengan perlawanan bertemu Pahang. Namun kami akan cuba mengekalkan momentum yang sama ketika bertemu pasukan PKNS. Pahang mempunyai beberapa penyerang dan pemain tengah yang hebat. Kami tidak boleh memandang rendah mengenai perkara itu.
Saya sentiasa mengingatkan kepada kesemua pemain saya bahawa kami perlu melakukan serangan untuk mencipta seberapa banyak jaringan, namun dalam masa yang sama kami perlu bijak mengawal keadaan sepanjang 90 minit di atas padang kerana pasukan Pahang mempunyai pemain yang laju dan berbahaya di bahagian serangan.
Raul Longhi, Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
———
WE HAVE DONE THE BEST PREPARATIONS POSSIBLE TO FACE PAHANG IN THE UPCOMING MATCH
We have done the best preparations possible to face Pahang in the FA Cup quarter-final second leg this Friday. I know it will be a tough match but we will try our best to win and I am very confident in my players.
We really need this win and at the same time we need to control Pahang because they have dangerous attacking players. Currently I'm very happy with the performances and attitude shown by my players especially after the 3-0 win over PKNS recently.
We know that the match against Pahang will be different from the match against PKNS. However we will try to maintain the same momentum as we did against PKNS. Pahang have several good forwards and midfielders. We cannot underestimate them.
I always remind all my players that we need to attack to score as many goals, but at the same time we need to be smart in controlling the game for 90 minutes on the pitch because Pahang have fast and dangerous players in offence.
Raul Longhi, Johor Darul Ta'zim FC Coach

Ulasan