“For tomorrow's match against Kelantan, we cannot take lightly and underestimate the capability of every Kelantan player. We know they have their own unique quality.” -Nazmi Faiz

KAMI MAHU BAWA PULANG TIGA MATA PENTING UNTUK KELAB DAN JUGA PENYOKONG JDT
Syukur Alhamdulillah kerana baru-baru ini saya sering diberi peluang dalam kesebelasan utama bagi membantu pasukan. Untuk pertembungan bertemu pasukan Kelantan esok, kami tidak akan mengambil mudah dan tidak akan sesekali memandang rendah terhadap keupayaan setiap pemain dalam pasukan Kelantan. Kami tahu mereka mempunyai kualiti yang tersendiri.
Semestinya kami akan memberikan seratus peratus sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung. Dan pastinya kami mahu membawa pulang tiga mata untuk perlawanan esok kerana ia merupakan mata yang penting untuk Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim. Lebih-lebih lagi untuk para penyokong yang sentiasa setia berada di belakang kami.
Sebagai seorang pemain bola sepak, kalah atau menang merupakan adat dalam sesuatu perlawanan. Walau apa pun yang telah berlaku, kami harus memandang ke hadapan dan perlu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan akan datang.
Nazmi Faiz, Pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
———
WE WANT TO BRING HOME THREE IMPORTANT POINTS FOR THE CLUB AND JDT FANS
Alhamdulillah I'm grateful because recently I have been given chances to be in the starting line to help the team. For tomorrow's match against Kelantan, we cannot take lightly and underestimate the capability of every Kelantan player. We know they have their own unique quality.
We will surely give 100% throughout the 90 minutes. And we definitely want to bring home three points from tomorrow's match because they are important points for Johor Darul Ta'zim FC and especially the fans who always stand behind us.
As a football player, winning or losing is part of the game. Regardless of what happens, we need to look forward and give our full focus on upcoming matches.
Nazmi Faiz, Johor Darul Ta'zim FC Player

Ulasan