PENYOKONG Pahang, Scha Musa menunjukkan tiket perlawanan suku akhir Piala FA di perkarangan Stadium Darul Makmur. - Foto Farizul Hafiz Awang
GELAGAT sebahagian penyokong ketika membeli tiket perlawanan Suku Akhir Piala FA suku akhir Piala FA di perkarangan Stadium Darul Makmur. - Foto Farizul Hafiz Awang
KUANTAN: Kira-kira 3,000 penyokong setia skuad Tok Gajah tidak melepaskan peluang berbaris seawal jam 12 tengah hari untuk mendapatkan tiket perlawanan suku akhir pertama Piala FA di kaunter penjualan tiket di Stadium Darul Makmur, di sini, hari ini.
Rata-rata peminat skuad bola sepak Pahang itu sanggup beratur dalam cuaca panas serta berbaris panjang sejauh 400 meter bagi mendapatkan tiket yang mula dijual pada jam 2 petang.
Pelajar kolej swasta, Scha Musa, 24, berkata, dia mula berbaris seawal jam 1 tengah hari bersama sepupu dan rakannya bagi membeli tiga tiket Grand Stand.
"Beratur panjang, cuaca panas dan bersesak hendak dapatkan tiket itu perkara biasa. Lagipun perlawanan ini sangat istimewa kerana menemukan Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT)," katanya.
Gadis berasal dari Indera Mahkota itu berharap skuad bimbingan Dollah Salleh dapat mempamerkan aksi bermutu tinggi sekali gus mencari bekalan gol selesa untuk dibawa ke perlawanan suku akhir kedua di Larkin.
Ulasan
Catat Ulasan