PERSATUAN Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) memperuntukkan 28,000
tiket bagi suku akhir pertama Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Ta’zim
(JDT) di Stadium Darul Makmur, Jumaat ini.
Setiausaha Agung PBNP, Norlia Abdul Manaf berkata, penyokong
Pahang boleh mendapatkan tiket itu yang akan dijual selama dua hari bermula
esok.
Katanya, sebanyak empat tiket dihadkan setiap seorang dengan
kaunter mula dibuka jam 2 petang hingga 6.30 petang esok dan 9 pagi hingga 12
tengah hari, Jumaat ni.
“Dengan pembukaan kaunter jualan tiket sehari lebih awal sebelum
perlawanan, ia diharap memudahkan peminat untuk mendapatkan tiket.
“Harga tiket membabitkan aksi suku akhir pertama Piala FA adalah
RM23 untuk grandstand, RM13 (berbumbung) dan RM10 (terbuka). PBNP turut menyediakan
kaunter jualan tiket khas untuk golongan wanita,” katanya di sini, hari ini.
Bagi
keselesaan kepada penyokong, beliau meminta semua peminat tiba lebih awal
kerana pintu masuk stadium mula dibuka jam 6 petang.
Ulasan
Catat Ulasan