KUALA LUMPUR: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT)
menjelaskan dakwaan kelab berkenaan memanggil pulang 14 pemain mereka yang
menyertai skuad kebangsaan adalah kenyataan palsu.
Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards menjelaskan tiada pemain
JDT yang mewakili negara dipanggil pulang malah tidak ada surat arahan menyuruh
mereka pulang.
“Pemain berkenaan juga tidak digugurkan oleh ketua jurulatih,
Tan Cheng Hoe dan apa yang kami tahu adalah akan ada penggiliran pemain dalam
skuad terbabit (Harimau Malaya),” kata Edwards dalam kenyataan di Facebook,
JOHOR Southern Tigers, hari ini.
Ketiadaan 14 pemain JDT menyaksikan Tan Cheng Hoe memanggil
sembilan pemain baharu termasuk Zaquan Adha Abd Radzak (Kuala Lumpur), Shahrel
Fikri Fauzi (PKNP), Jafri Firdaus Chew dan Shahril Saari (PKNS), Nor Hakim
Hassan, Nazirul Naim Che Hashim dan Syazwan Zaipol Bahari (Perak) serta Syawal
Nordin (Kedah) dan Kogileswaran Raj (Pahang).
Malah, menerusi kenyataan di Facebook rasmi Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM), Cheng Hoe menjelaskan kehadiran sembilan pemain itu bukan untuk
menggantikan mana-mana pemain atau bermaksud ada pemain yang digugurkan,
sebaliknya lebih kepada amalan penggiliran pemain.
Selain itu, Edwards turut mengesahkan pihaknya sudah mengenal
pasti beberapa individu yang mengeluarkan kenyataan dan tuduhan palsu terhadap
juara bertahan Liga Super itu.
“Kami
juga sudah merujuk perkara ini kepada peguam kelab kami untuk mengambil
tindakan ke atas cerita palsu ini,” katanya.
Ulasan
Catat Ulasan