PASUKAN Terengganu FC
kendalian Irfan Bakti Abdul Salim anggap JDT sukar ditewaskan. - FOTO GHAZALI
KORI
KUALA
TERENGGANU: Biarpun skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) turun tanpa kelibat bekas
penyerang utamanya, Jorge Pereyra Diaz yang meninggalkan pasukan, pemain
Terengganu FC (TFC) tetap melihat skuad itu lawan yang berbisa.
Hal ini diluahkan arkitek skuad Penyu, Mohd Faiz Mohd Nasir yang
menyatakan taji JDT masih tajam dan perlu diberi perhatian rakan sepasukan
dalam misi mengutip tiga mata di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sabtu
ini.
Selain itu, Mohd Faiz yang digelar 'Messi Terengganu' juga turut
menyatakan skuad JDT adalah pasukan terkuat dalam saingan Liga Malaysia (Liga
M) sebagaimana yang dibuktikan sejak empat tahun lalu dan pemain TFC harus
berwaspada.
"Bagi saya skuad JDT yang kini mendahului Liga Super tetap
lawan yang sukar dan bahaya serta harus diberi perhatian oleh rakan sepasukan
walaupun tanpa penyerang utamanya, Diaz.
"Hal ini kerana mereka masih mempunyai penyerang yang mampu
menghasilkan jaringan seperti Luciano Figueroa dan Ahmad Hazwan Bakri,"
kata Mohd Faiz.
TFC yang kembali beraksi dalam saingan Liga Super, sedang
menduduki tangga kedua liga selepas hanya ketinggalan satu mata berbanding JDT.
Bagaimanapun, pemain berusia 26 tahun itu tetap percaya skuadnya
juga mempunyai kelebihan dan keupayaan tersendiri untuk menundukkan lawan
biarpun JDT pasti datang dengan misi untuk mengekalkan kedudukan teratas liga.
"Kejayaan melakar
kemenangan 4-0 ke atas PJ Rangers FC, Sabtu lalu selain menjadi satu-satunya
pasukan yang belum tewas selepas empat perlawanan mampu meningkatkan lagi moral
saya dan rakan sepasukan untuk melebarkan lagi kemenangan sekali gus
mengekalkan rekod tanpa kalah," kata Mohd Faiz yang mahu pemain yang
disenaraikan memperaga aksi terbaik untuk mengekang corak permainan JDT.
Ulasan
Catat Ulasan