Sang Penyu tekad kecewakan skuad Harimau Selatan di laman sendiri
PARA pemain TFC I
tidak mahu kecewa di laman sendiri apabila melayan kunjungan JDT di Kuala
Terengganu pada aksi Liga Super esok.
PARA pemain JDT giat
menjalani latihan menjelang pertemuan dengan TFC I esok.
PARA peminat bola sepak
tempatan bakal disajikan dengan aksi menarik menemukan dua pasukan teratas Liga
Super pada perlawanan esok.
Juara empat kali Liga Super, kelab Johor
Darul Ta’zim (JDT) akan bertandang ke Kuala Terengganu untuk menentang
pendatang baharu, Terengganu FC I (TFC I).
Terkenal dengan jolokan skuad Penyu,
pasukan bimbingan Irfan Bakti Abu Salim sudah pasti tidak mahu kecewa
lebih-lebih lagi beraksi di laman sendiri, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin
Shah pada perlawanan yang bermula pada pukul 9 malam.
“Kita menghormati JDT tetapi tidak takut
dengan mereka. Saya pesan kepada pemain supaya mengekalkan karakter
masing-masing dan corak permainan seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini,”
katanya kepada Kosmo! semalam.
Ulasan
Catat Ulasan