STOP LINKING HM SULTAN OF JOHOR AND HRH CROWN PRINCE OF JOHOR WITH POLITICAL ISSUES

BERHENTI DARIPADA MENGAITKAN DYMM SULTAN JOHOR DAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DENGAN ISU POLITIK
Saya ingin menegaskan kepada anda semua bahawa segala kenyataan yang dibuat daripada DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor hanya akan dikeluarkan oleh laman rasmi The Royal Johor (Royal Press Office), laman rasmi JOHOR Southern Tigers dan juga akhbar The Star. Jikalau ada kenyataan daripada sumber luar selain dari yang saya nyatakan di atas, ia adalah tidak benar sama sekali.
Saya mengutuk sekeras-kerasnya dengan tindakan laman web ‘The Independent’ dari Singapura http://www.theindependent.sg/johor-crown-prince-chides-no-…/ yang telah menggunakan dan memutarbelitkan kenyataan DYAM Tunku Mahkota Johor berkenaan isu politik antara Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz dan Robert Kuok. DYAM Tunku Mahkota Johor tidak pernah langsung memberikan kenyataan mengenai isu tersebut. Saya meminta pihak luar berhenti daripada mengaitkan DYMM Sultan Johor dan DYAM Tunku Mahkota Johor dengan isu-isu politik. Jika ada, ia akan dikeluarkan terlebih dahulu melalui laman rasmi The Royal Johor (Royal Press Office) atau JOHOR Southern Tigers.
Pihak guaman keluarga Diraja Johor dan Ketua Polis Johor akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani isu ini.
Dato’ Abdul Rahim Bin Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja
———
STOP LINKING HM SULTAN OF JOHOR AND HRH CROWN PRINCE OF JOHOR WITH POLITICAL ISSUES
I would like to emphasize that all statements made by HM Sultan of Johor and HRH Crown Prince of Johor are only released through The Royal Johor (Royal Press Office) official page, JOHOR Southern Tigers official page and The Star newspaper. If there are any statements from sources other than what I have mentioned, such statements are not true at all.
I strongly condemn the action of Singapore's The Independent paper http://www.theindependent.sg/johor-crown-prince-chides-no-…/ of using and manipulating HRH Crown Prince of Johor's statement on a political issue between Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz and Robert Kuok. HRH Crown Prince of Johor has never made any statement on the issue. I request everyone to stop linking HM Sultan of Johor and HRH Crown Prince of Johor with political issues. If there are any, it will be released first on The Royal Johor (Royal Press Office) and JOHOR Southern Tigers official pages.
The legal team of the Johor royal family and the Johor chief of police will pursue necessary actions
Dato' Abdul Rahim Bin Ramli, President of the Johor Council of Royal Court

Ulasan