TAHNIAH DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM KERANA KEKAL SEBAGAI PENGERUSI MFL
----------
----------
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah dipilih sebagai Pengerusi FMLLP, yang akan bertukar menjadi Malaysia Football League (MFL), dengan “tanpa bertanding”. Semua 24 pasukan sebulat suara menyokong pelantikan ini. Beliau telah dilantik sebagai pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dan bukan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Ada yang mempersoalkan kebebasan MFL dan juga membuat posting kononnya liga luar melantik Pengerusi liga tetapi persatuan bolasepak negara ada kuasa “veto” untuk menolak lantikan itu. Walau bagaimanapun, struktur syarikat pengurusan liga adalah prerogatif tempatan. Begitu juga perlembagaan sebelum ini di mana Pengerusi FMLLP terikat kepada jawatan Presiden FAM, juga untuk memenuhi keperluan tempatan pada masa itu. Kenapa pihak-pihak ini tidak memetik struktur liga asing pada masa itu?
Hubungan kerjasama MFL dan FAM sangat baik sekarang. Kedua-duanya sejajar dengan bekerja dengan matlamat yang sama. Kami harap ini berterusan di bawah kepimpinan baharu nanti. Oleh itu, pihak yang cuba mengatakan bahawa bagaimana bola sepak hanya dimiliki pihak-pihak tertentu perlu lebih mengikuti perubahan semasa dengan melihat bagaimana FIFA bekerja dengan World League Forum dan semakin mengenali betapa pentingnya bekerja dengan liga bola sepak dan bukan menentangnya.
FAM akan sentiasa menjadi pemegang amanah bola sepak Malaysia. Tetapi bolasepak adalah milik rakyat dan bukan FAM sahaja. Mentaliti inillah sebab mengapa bolasepak Malaysia lemah sebelum ini.
Liga pula mesti diberi nyawa sendiri. FAM kini menyedari bahawa untuk bola sepak berkembang maju, mereka harus membenarkan liga berkembang dan tidak menggunakan peraturan untuk menyekatnya. Inilah sebabnya FAM dan MFL ada hubungan kerja sangat baik, dan pemisahan semasa yang boleh berlaku dengan sokongan FAM. Sepatutnya perkara ini digalakkan, tetapi mereka yang 'GENIUS' ini akan berusaha mengeluarkan kenyataan yang tidak relevan dan cuba mengelirukan orang ramai dan membuat masalah.
Ulasan
Catat Ulasan