Undian
suku akhir Piala FA diadakan di Kuala Lumpur petang tadi. - Foto oleh Bernama
KUALA LUMPUR - Selepas
menyingkirkan juara edisi 2017, Kedah di pusingan ketiga, Pahang sekali lagi
berdepan ujian getir apabila diundi bertemu pendahulu Liga Super, Johor Darul
Ta'zim (JDT) pada saingan suku akhir Piala FA 2018.
Pertemuan itu dianggap menarik kerana kedua-dua pasukan sebelum
ini pernah bertembung di peringkat sama pada edisi lepas, berakhir dengan
kemaraan Pahang setelah berjaya mengatasi JDT 4-3 secara agregat.
JDT, juara edisi 2016, akan bertandang ke Stadium Darul Makmur,
Kuantan untuk aksi pertama sebelum melayani kunjungan skuad Tok Gajah dalam
aksi kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
Selain pertemuan dua kelab yang menghuni dua tempat teratas Liga
Super itu, majlis undian hari ini turut menyaksikan pertembungan klasik apabila
Kuala Lumpur diundi menentang Selangor pada aksi pertama di Stadium Bola Sepak
Kuala Lumpur, Cheras.
Finalis 2016, PKNS FC pula akan berdepan Perak di Stadium Shah
Alam manakala PKNP FC yang tersingkir di peringkat itu dalam saingan musim
lepas, akan bertemu finalis 2014, Felda United di Stadium Negeri Pulau Pinang,
Batu Kawan bagi aksi pertama masing-masing. - Bernama
Ulasan
Catat Ulasan