Safiq (kanan) mahu rakan sepasukannya fokus pada
pertemuan dengan Tampines Rovers pada aksi keempat Piala AFC malam esok. -
Gambar fail
KUALA LUMPUR - Ketua pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq
Rahim mahu memburu kemenangan apabila melayan kunjungan wakil Singapura,
Tampines Rovers pada aksi keempat Kumpulan H Piala Konfederasi Bola Sepak
Asia (AFC) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok.
Perancang tengah
kebangsaan itu berkata, skuad Harimau Selatan perlu menggunakan sepenuhnya
kelebihan beraksi di laman sendiri untuk mencatat kemenangan bagi mengembalikan
semula keyakinan penyokong pasukan itu.
"Tidak kisah
siapa sekalipun yang akan diturunkan untuk perlawanan ini, harus memberikan
yang terbaik dan mengikut taktikal yang telah diberikan jurulatih.
Kami mahu berfikiran
positif dan semestinya mahukan tiga mata kemenangan. Bagi saya, apa yang sudah
lepas kita biarkan ia berlalu," kata Safiq menerusi entri terbaharu dalam
laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers.
Ulasan
Catat Ulasan