REKOD tanpa kalah skuad Terengganu FC (TFC) lebur selepas tumpas
0-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi kelima di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah Kuala Terengganu sebentar tadi.
Permainan pantas disajikan kedua-dua pasukan dengan masing-masing
memperoleh peluang dan beberapa percubaan terbaik dalam tempoh 45 minit babak
pertama yang ternyata menggamatkan suasana di stadium yang dibanjiri lebih
12,000 penyokong hitam putih.
Malah beberapa aksi keras dipamerkan pemain kedua-dua pasukan
turut menyaksikan pengadil perlawanan, Zulkarnain Zakaria terpaksa bekerja
keras mengawal permainan terutama pada separuh masa pertama.
Terdahulu pada minit kelima, pelawat nyaris di depan menerusi
tandukan Hariss Harun hasil sepakan percuma Nicolas Fernandez namun sedikit
sipi di sebelah kanan pintu gol tuan rumah.
Tuan rumah juga berpeluang membuka ‘akaun’ pada minit ke-11
menerusi Lee Tuck tapi tendangan leret pemain itu gagal disambar penyerang
skuad Peteh Terengganu Peteh.
Selepas itu deretan peluang demi peluang diperoleh rangkaian
penyerang kedua-dua pasukan gagal diterjemahkan selain keputusan pengadil
dilihat tidak konsisten.
Bagaimanapun pada minit ke-29, pelawat berjaya menggegarkan
jaring tuan rumah yang dikawal penjaga gol berpengalaman, Mohd Suffian Rahman
menerusi sepakan pemain pertahanan, Marcos Antonio dalam kotak penalti berpunca
daripada sepakan percuma Nicolas Alberto.
Tersentak jaringan itu anak buah Irfan Bakti memperkemaskan
asakan dan berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke- 44 menerusi Tchetche
Kipre yang hanya berdepan dengan penjaga gol Farizal Marlias, namun bekas
penjaga gol kebangsaan itu terlebih dulu bersedia.
Bersambung
babak kedua, tuan rumah yang berhajat mengekalkan rekod tanpa kalah terus
melancarkan gerakan dan peluang terbaik dimiliki pemain sayap, Mohd Shahrul
Aizad Zukufli pada minit ke-49 namun gagal menemui gawang.
Ulasan
Catat Ulasan