AKSI Pemain Johor DT,
Natxo Insa (kiri) diasak pemain Pahang, Mohd Afif Amiruddin (kanan) pada
saingan Piala FAmusim lalu. - Foto Farizul Hafiz Awang
KUALA
LUMPUR: Peluang Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk membalas kekecewaan tahun lalu
ke atas Pahang, kini terbuka luas apabila kedua-duanya diundi bertemu pada aksi
suku akhir Piala FA, bulan depan.
JDT yang juga juara pada 2016 tewas kepada skuad Tok Gajah menerusi agregat 4-3 pada peringkat sama tahun lalu, sudah pasti tidak mahu sejarah pahit itu berulang kembali.
Bagaimanapun
Pahang yang kali terakhir menjulang trofi pada 2014 dan kecundang kepada Kedah
3-2 pada final tahun lalu, nyata sudah bersedia dengan undian sukar itu.
Bagi
pengurus pasukan Pahang, Datuk Sufian Awang, beliau percaya skuad kendalian
Dollah Salleh kini berada di tahap terbaik selepas menyingkirkan juara bertahan
Kedah 1-0 pada pusingan ketiga minggu lalu.
"Saya
yakin dan percaya, kedua-dua pasukan ada strategi masing-masing untuk
menghadapi perlawanan ini. Pun begitu, kita menghormati pasukan JDT yang
semestinya akan memberikan saingan sengit kerana ini dianggap aksi balas
dendam.
"Tapi
kita juga ada taktikal dan strategi yang bakal diolah oleh jurulatih Dollah
Salleh. Saya percaya perlawanan ini akan menjadi seperti perlawanan 'El
Classico' di mana ia bakal menjadi perhatian seluruh peminat-peminat seluruh
Malaysia," katanya ketika ditemui selepas majlis undian Piala FA, di sini,
hari ini.
Andai
menang pada aksi suku akhir, Pahang atau JDT bakal berdepan sama ada FELDA
United dan PKNP FC yang membuat perhitungan dalam satu lagi perlawanan.
Turut
menarik perhatian, aksi pertembungan setempat Lembah Klang antara Kuala Lumpur
dan Selangor yang diundi bertemu pada suku akhir.
Kedua-dua
pasukan ini sudah berentap pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala
Lumpur, Cheras pada Februari lalu yang menyaksikan skuad Red Giants menang 2-0
Jika
melepasi halangan itu, mereka bakal bertemu pemenang antara PKNS FC dan Perak
yang berentap dalam satu lagi aksi suku akhir.
Perlawanan
suku akhir pertama akan diadakan pada 6, 7 dan 8 April manakala kedua pada 20,
21 dan 22 April.
-
UNDIAN SUKU AKHIR PIALA FA:
Kuala
Lumpur mln Selangor
PKNS
FC mln Perak
Pahang
mln Johor Darul Ta'zim
PKNP
mln FELDA United
Ulasan
Catat Ulasan