IRFAN
BAKTI ABU SALIM
KUALA TERENGGANU 11 Mac - Tahap konsentrasi
membezakan dua pasukan, dan menjadi punca kekalahan tipis 0-1 Terengganu FC I
(TFC I) kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan
Ismail Nasiruddin Shah di sini, malam tadi.
Pengendalinya, Irfan Bakti Abu Salim berkata,
walaupun mutu persembahan barisan pemainnya di tahap terbaik dengan serangan
bermati-matian sepanjang perlawanan tetapi peluang yang ada itu tidak
dimanfaatkan.
Katanya, situasi itu sekali gus memberi
kelebihan buat skuad Harimau Selatan untuk meledak gol tunggal menerusi Marcos
Antonio Santos pada minit ke-29.
"Saya kecewa kita tidak menggunakan peluang
yang ada dgn JDT, gol yang dijaringkan itu benar-benar terjadi sebagaimana yang
saya beritahu pada mereka semasa taklimat supaya jangan ada ruang kosong.
"Yang itulah saya maksudkan kurang
konsentrasi seperti dalam taklimat kerana apabila kita bermain dengan orang
cerdik, kita perlu melipatgandakan kecerdikan kita.
"Bagi saya pemain tidak tertekan cuma ada
yang 'ball conscious' walaupun ketika di depan gol, tetapi tidak mengapa
kerana kita akan belajar daripada kesilapan ini," katanya kepada pemberita
selepas tamat perlawanan.
Kemenangan ke atas tuan rumah itu membolehkan
JDT kembali merampas kedudukan takhta Liga Super daripada PKNS FC menerusi tiga
mata penuh yang dibawa pulang.
Dalam babak kedua, usaha TFC1 untuk menyamakan
kedudukan terus menemui jalan buntu apabila, pemain sayapnya, Mohd. Shahrul
Aizad Zukufli gagal memanfaatkan peluang terhidang apabila sepakannya tersasar
walaupun pintu gol pelawat telah terbuka pada minit ke-49.
Keputusan 0-1 kekal hingga tamat perlawanan,
mencatat
kekalahan sulung TFC1 musim ini.
kekalahan sulung TFC1 musim ini.
Irfan Bakti memberitahu, tumpuan selepas ini
adalah untuk aksi Liga FA menetang Selangor pada Jumaat ini.
"Kemenangan 4-1 sebelum ini sudah jadi
sejarah maka kita kena terus berusaha bagi mencapai sasaran mara ke final,
iaitu selangkah ke hadapan berbanding prestasi tahun lalu," katanya.
Sementara itu, pengendali JDT, Raul Longhi mengakui
Terengganu memiliki kekuatan tersendiri yang sedikit sebanyak menyukarkan
laluan anak buahnya hingga tamat perlawanan.
"Tiga mata penuh ini amat penting dan kami
gembira dengan kemenangan yang dicipta," katanya.-UTUSAN ONLINE
Ulasan
Catat Ulasan