JOHOR MATTA MEMBERS' WORK TRIP TO JOHOR JAPAN FOOTBALL GALLERY

LAWATAN KERJA PELANCONGAN AHLI-AHLI MATTA JOHOR KE JOHOR JAPAN FOOTBALL GALLERY
Satu sesi lawatan kerja pelancongan ahli-ahli MATTA Johor ke ‘Johor Japan Football Gallery’ di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin telah diadakan pada 15hb Mac 2018. Lawatan program selama satu hari itu adalah bagi meninjau dan menilai potensi produk pelancongan yang terdapat di sekitar Bandaraya Johor Bahru dan Iskandar Malaysia untuk disenaraikan di dalam pakej pelancongan Johor bagi tahun 2018.
Galeri yang dibina dengan kerjasama Johor Japan Friendship Association (JJFA) dan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ini merupakan simbolik sempena meraikan ulang tahun ke-20 pasukan Jepun layak ke Piala Dunia selepas beraksi di Stadium Larkin menewaskan Iran pada perlawanan aksi kelayakan Piala Dunia 1998.
Galeri berkonsep ‘From Larkin To The World’ ini terbahagi kepada dua ruangan iaitu pameran berunsurkan kejayaan pasukan Jepun serta kebangkitan JDT dalam arena bola sepak tanah air. Galeri ini telah mula dibuka kepada orang awam setiap hari bermula dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Luaskan Kuasamu Johor.
*****
JOHOR MATTA MEMBERS' WORK TRIP TO JOHOR JAPAN FOOTBALL GALLERY
Johor MATTA members' work trip session to the Johor Japan Football Gallery at the Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Stadium, Larkin was held on 15th March 2018. The one-day visit was organised to survey and evaluate potentials of tourist attractions around Johor Bahru and Iskandar Malaysia to be included in Johor travel packages for 2018.
The gallery built in partnership of Johor Japan Friendship Association (JJFA) and Johor Darul Ta'zim FC (JDT) is to commemorate the 20th year anniversary of Japan qualifying for the World Cup after beating Iran at the Larkin Stadium in a 1998 World Cup qualifying match.
The 'From Larkin To The World' gallery consists of two display rooms, in which one focuses on Japan's success and the other on JDT's rise in local football. The gallery is open to public every day from 10.00am to 6.00pm. Luaskan Kuasamu Johor.























Ulasan