PEMAIN JDT, Syafiq Ahmad (jersi
biru) cuba diasak oleh pemain Tampines Rovers pada aksi Piala AFC 2018 di
Larkin malam tadi.
KELAB Johor Darul Ta’zim (JDT)
memanfaatkan aksi di laman sendiri apabila menewaskan kelab Singapura, Tampines
Rovers 2-1 dalam saingan Kumpulan H Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC)
2018 di Larkin malam tadi, lapor SHARKAWI
LONDING.
Beraksi di laman keramat, Stadium Tan Sri
Dato’ Haji Hassan Yunos, skuad bimbingan Raul Longhi terlebih dulu di depan
menerusi jaringan Safawi Rasid (m-12), sebelum Khairul Amri menyamakan
kedudukan pada minit ke-44.
Skuad Harimau Selatan yang seri tanpa
jaringan pada aksi pertama 6 Mac lalu bangkit meraih gol kemenangan menerusi
Hazwan Bakri pada minit ke-79.
Dalam satu lagi aksi, kelab Indonesia, Persija
Jakarta menewaskan wakil Vietnam, Song Lam Nghe An 1-0.
Ulasan
Catat Ulasan