Pemain
JDT, Lawrence Corbin Ong (kanan) mengawal asakan pemain TFC, Lee Andrew Tucke
ketika perlawanan Liga Super antara Terengganu FC menentang JDT di Stadium
Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini.
KUALA TERENGGANU - Johor Darul
Ta'zim (JDT) kembali merampas takhta Liga Super selepas menumpaskan Terengganu
Football Club 1 (TFC1) 1-0 pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
di sini sebentar tadi.
Kemenangan tersebut membolehkan juara bertahan tersebut memungut
12 mata sekali gus memintas PKNS FC untuk kedudukan teratas liga.
Kekalahan yang turut meleburkan rekod tanpa kalah TFC1 pada
musim ini tersebut telah menyebabkan pendatang baharu Liga Super berkenaan
turun ke tangga keempat.
Pemain pertahanan import JDT, Marcos Antonio Santos muncul wira
apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-29.
Ulasan
Catat Ulasan