PEMAIN JDT meraikan jaringannya ketika perlawanan
Liga Super antara Terengganu FC menentang JDT di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah malam ini. - UTUSAN ONLINE/Azlan Bahrum
KUALA TERENGGANU 10 Mac. - Johor Darul Ta'zim
(JDT) kembali merampas kedudukan tahta Liga Super daripada PKNS FC selepas
berjaya melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Terengganu FC I (TFC I) di Stadium
Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebentar tadi.
Jaringan tunggal skuad Harimau Selatan
diledakkan oleh pemain pertahanan dari Brazil, Marcos Antonio Santos pada minit
ke-29 untuk memastikan JDT pulang dengan tiga mata penuh.
Dalam aksi babak kedua, pasukan tuan rumah terus
menggandakan asakan namun, pemain sayapnya, Mohd. Shahrul Aizad Zukufli gagal
memanfaatkan peluang terhidang apabila sepakannya tersasar walaupun pintu gol
pelawat telah terbuka pada minit ke-49.
Keputusan 0-1 kekal hingga tamat perlawanan,
dengan ini menyaksikan kekalahan sulung TFC1 musim ini.
Semalam, PKNS FC berjaya mendaki seketika
kedudukan liga selepas menewaskan Kelantan 1-0. - UTUSAN ONLINE
Ulasan
Catat Ulasan