JDT kembali 'gayat' di puncak


JARINGAN tunggal Marcos Antonio memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) kembali ke persada Liga Super apabila menang tipis 1-0 mengatasi rumah Terengganu FC (TFC) 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, sebentar tadi.
Antonio meledak pada minit ke-28 hasil serangan balas yang jarang dilakukan dalam permainan dikuasai tuan rumah dengan keputusan kekal hingga tamat permainan.
Di Stadium Darul Makmur, Pahang menang besar 4-0 mengatasi Negeri Sembilan masing-masing menerusi dua jaringan Patrick Cruz (minit ke-26 dan 65) serta Forkey Doe (m-45, 88).
Dalam satu lagi saingan, Pablo Pallares menjadi wira Kuala Lumpur apabila menjaringkan gol kemenangan pasukannya yang bangkit daripada ketinggalan untuk menang 4-3 berdepan Kedah di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dekat Cheras.

Ulasan