PEMAIN Terengganu FC,
Lee Andrew Tuck (kiri) diasak pemain JDT, Fadhli Mohd Shah pada aksi perlawanan
Liga Super 2018 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. - Foto Ghazali Kori
KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT)
mendahului tuan rumah Terengganu FC (TFC) 1-0 sebaik berakhir babak pertama
saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu,
sebentar tadi.
Pelawat memperoleh gol
pertama menerusi Marcos Antonio pada minit ke-28 hasil serangan balas
yang jarang dilakukan dalam permainan dikuasai tuan rumah.
Di Stadium Darul
Makmur, Pahang mendahului Negeri Sembilan 2-0 menerusi jaringan Patrick Cruz
pada minit ke-26 dan Forkey Doe sejurus sebelum tamat babak pertama.
Dalam satu lagi
saingan, Kuala Lumpur terikat 1-1 dengan Kedah di Stadium Bola Sepak Kuala
Lumpur dekat Cheras.
Tuan rumah mengejutkan
Kedah menerusi jaringan Zaquan Adha Radzak seawal minit ketiga sebelum Pablo
Pallares menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian.
Ulasan
Catat Ulasan