“I made the mistake of being humble and being frugal with my spending, buying seasoned players with the hopes that I could build a team. I have a new sickness.. I am going to be wasteful.”

SAYA NAK MEMBAZIR LEPAS INI - DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
“Skuad JDT?”
Kita ada fasiliti dan kualiti permainan atas padang yang terbaik.
Tetapi tahukah anda kita juga mempunyai ‘problem’ yang paling banyak seperti karakter dan pemikiran pemain dalam pasukan.
Namun begitu ini semua adalah asam garam dalam semua pasukan bolasepak di dunia. Kita juga tidak dapat lari.
Saya akui saya individu yang banyak buat silap, sejak 2013 lagi. Sudah terantuk baru terngadah...
Saya akan ambil sepenuh tanggungjawab
Pasukan yang kita ada sekarang kita akan teruskan sehingga sesi perpindahan pemain baru dibuka dalam bulan 5 nanti.
Saya tidak risau kerana JDT adalah satu pasukan besar.
Macam biasa apa jua yang terjadi di sini akan menjadi bahan untuk semua besarkan walaupun banyak pasukan lain yang turut alami masalah.. (saya tahu).
Pemain bakal mempunyai perubahan. Tetapi saya tidak akan menerangkan secara mendalam kerana saya perlu menjaga keharmonian dan semangat pemain sekarang.
Apa yang bagus dalam hidup ini adalah apabila kita buat silap kita berpeluang untuk betulkan balik. Dan peluang itu akan hadir Mei nanti.
“Saya akan keluar daripada FAM..hanya bila…”
Selepas saya membantu pasukan-pasukan dalam negara dapat sumber kewangan mereka. Saya bekerja sekarang untuk memperjuangkan hak-hak penyiaran dan mengembalikan keyakinan penaja untuk membantu
Apa yang merisaukan jika saya keluar nanti adalah nasib bolasepak tempatan kita. Akan kembali kepada masalah-masalah dulu. Sebelum saya masuk FAM.
Tetapi kemungkinan akan terus kekal di FMLLP kerana ada sebilangan penaja-penaja yang mahukan hanya saya yang terus mentadbir ketelusan kewangan liga.
“Johor adalah di mana hati saya berada..”
Kasih sayang, passion , semangat semuanya untuk negeri Johor.
Saya masih pemilik JDT
Projek JDT masih belum lengkap, sekarang baru 40-50%.
“Kehilangan Ulisses Morais adalah satu kehilangan besar kepada JDT..”
Beliau adalah paling sesuai kepada falsafah dan polisi JDT. Namun begitu saya amat berpuas hati dengan Raul. Pemain-pemain juga selesa dengan beliau. Tidak akan ada jurulatih baru.
Status JDTII
Struktur JDT meletakkan JDTII adalah sebagai pasukan ‘reserve team’.
Sebagai membantu pasukan utama JDT.
JDTII tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk ramai pemain import kerana tujuan kita adalah untuk pemain tempatan di JDTII.
Namun kita tetap akan berbelanja ke atas pasukan JDTII kerana nanti setiap pasukan Liga Super dan Liga Perdana bakal menerima dana daripada FAM tidak lama lagi.
“Status Lucho”
Buat masa ini Lucho masih pemain import kita.
“Saya nak ‘membazir’ selepas ni..”
Saya silap bila buat keputusan untuk merendah diri dan berjimat cermat tahun ini. Beli pemain-pemain lama yang kononnya bakal mudah untuk buat pasukan.
Penyakit baru saya sekarang adalah saya nak ‘membazir’. Oleh itu saya dah sediakan dana untuk membawa masuk pemain yang hebat. Saya nak beli pemain mahal. Buat masa ini ada 5 pemain import dalam ‘short list’ kita. Saya tak suka kalah. Tak kena dengan jiwa kita.
“Isu pemecatan Fernando?”
Beliau datang ke JDT bersama dengan bekas jurulatih Cesar. Apabila jurulatih bertukar beliau risau akan kedudukan dirinya dalam pasukan dan mula rapat dengan pemain-pemain import. Menimbulkan suasana tak seronok antara pemain import dan jurulatih. Selepas diberikan amaran sebelum ini beliau masih tidak berubah.
“Saya sekarang dah berubah.. dah semakin cool bila kalah. Semenjak dah ada anak 2 ni.. Tak macam dulu..”
“Status isu denda FMLLP”
Setiap pasukan terbabit kena buat rayuan. Tetapi denda tetap kena denda sebagai pengajaran.
“Apa yang buat TMJ pelik?”
“Misteri yang melanda JDT”
Awal musim mesti ada ‘drama’ dan yang tak best. Tahun ini adalah persiapan JDT yang paling sempurna tetapi masih ada yang tak kena sekarang. Pasukan lain bila lawan JDT akan jadi sangat kuat. Semangat lain macam. Akan bagi 110% bila lawan JDT. Bolasepak ini satu misteri. Apa-apa boleh jadi. Kita tidak boleh takut dengan kegagalan tetapi kita mesti benci dengan kegagalan..
“Kontrak pemain JDT – ‘unik’?”
Kontrak antara pemain dan pasukan adalah terbaik kerana ada clause tentang ‘Code of Etique’. Kita perlu jadi seperti pasukan Juventus atau pasukan Bayern Munich kerana kita perlu dominan dan bukan hanya sebagai pasukan yang bertanding sahaja..
“Terima kasih kepada DYMM Tuanku Sultan Johor yang sentiasa membantu pasukan JDT.
“TMJ kesal? Terima kembali Diaz.”
Pada awalnya saya ingat kelakuan beliau diluar padang tidak perlu diambil kira asalkan beliau hebat di padang, tetapi..
Apabila dia ada di sini keharmonian dalam pasukan jadi tidak berapa baik.
Tapi saya ambil dia dulu pun sebab penyokong yang mahu.
“Nasihat TMJ tentang isu page-page troll”
Penyokong kita jangan baca dan jangan layan. TMJ dah bagi taklimat dan nasihat kepada pasukan JDT agar jangan layan media sosial kerana sedikit sebanyak bakal mengganggu tumpuan.
TMJ tidak suka layan kerana lebih suka tumpukan kepada keluarga dan rakyat negeri
‘’Biarlah kita menangis sekarang tetapi Disember nanti kita gembira”
Saya tahu JDT sekarang tengah susah, saya tahu JDT sedang berhempas pulas, Saya tahu JDT tengah bersedih. Tetapi saya tahu November nanti kita akan bermain bunga api..
Potensi pasukan JDT adalah amat besar. Pasukan JDT tidak akan mati kerana kita mempunyai cita-cita besar dan asas yang kuat.
*******
I AM GOING TO WASTE ALOT AFTER THIS - HRH CROWN PRINCE OF JOHOR
The JDT Squad?
We have the best facilities and the best field play, but did you know that we have a problems like players character and mentality within the team? That is all part of the game in any football team. We are no exception.
I admit that I am an individual who makes mistakes. Only realising it after it happend.
I take full reponsibility. The team we have right now will be fully utilised until the transfer window reopens in May. I am not worried because JDT is a big team. And as usual, whatever happens here will be the talk of the town even when other teams are facing the same problems.. ( I know ). The players will be facing some changes but I won't elaborate to keep the peace and their spirits. The best thing is in life is we get to have a second chance to right the wrongs and our chance will come in May.
"I will leave FAM.. but when.."
After I help compeating teams gain their financial stability. At the moment I am fighting for the broadcasting rights and restore sponsorship trust. It worries me, what will happen when I make my exit from Malaysian football. Will it return to what it was before i came into the FAM? I may just stay with the FMLLP because some sponsors have expressed their hopes that I still be incharge of the league's financial transparency.
"Johor is where my heart is..."
My love, my passion and my spirit are all for Johor. I am still JDT's owner. The JDT project is still incomplete, only 40-50% done.
"The departure of Ulisses Morais is a big loss for JDT"
He was perfect for JDT's philosopy and policies, but I am satisfied with Mr. Raul. The players are comfortable working with him. There wont be a replacement.
"The JDT II status"
JDT II is a reserve team for the JDT main squad. It was created to serve as a back up for JDT. JDT II does not require alot of spending on foreign players because their main goal is to train local players. In the future we will be spending on JDT II when all the Liga Super and Premier league teams receives funding from FAM.
"Regarding Lucho"
Lucho is still our import player.
"I will be spending alot after this.."
I made the mistake of being humble and being frugal with my spending, buying seasoned players with the hopes that I could build a team. I have a new sickness.. I am going to be wasteful. And for that, I have prepared a sum to bring in great players. I want to buy the most expensive ones. I have my eye on 5, which have been shortlisted. I do not like losing, it is not in our nature.
"Fernando's sacking"
He came here with then coach Cesar, and after the coach left he became worried about his place on the team. He then started to associate himself with the foreign players. It started to make the atmosphere uncondusive between foreign and local players. He did not change after being told to.
"I am a changed man. I am alot cooler when I lose. Ever since I became a father of two.. It is not like it used to be.."
"Status of FMLLP's fines"
All teams involved has to make an appeal, but a fine is still a fine, as a lesson
"What puzzles TMJ?"
The mistery that is plaguing JDT. The start of the season will always bring us drama, and the bad ones. This season is the most prepared we have ever been but we are still facing something, I can't put my finger on. Our opponents will gain this strange urge to win everytime when faced with JDT. They give their 110%. Football is a mistery, anything can happen.
"We can be afraid of failure but we must not be afraid to fail"
"JDT players contracts are unique"
Contracts between players and clubs are the best. I comes with a clause regarding 'code of ethics'. We have to be a team like Juventus or Bayern Munich because we have to dominate and not be one of the others.
"Thank you to HH Sultan of Johor, whom has helped the JDT team."
"TMJ's regrets?"
Taking back Diaz.
In the beginning I knew his actions outside the pitch did not matter as long as he performed on it. But.. for as long as he was here, the teams harmony was affected and it bothered their focus.
"TMJ could not care less. His focus is towords his family and people"
"Let us cry now for in December we will celebrate"
I know JDT is having a hard time, I know JDT has to grind hard and I know JDT is saddend but in November we will celebrate with fireworks.
JDT has the potencial to be bigger. JDT will never die because we have big dreams and a strong foundation.


Ulasan