"I would like to congratulate Sabah for a good game. They displayed good performance and fought till the end. We were lucky to have won, but that is football..." -Raul Longhi

JADUAL YANG PADAT BERI KESAN PADA PERMAINAN KAMI
Saya gembira dengan keputusan pada malam tadi tetapi saya tidak berpuas hati dengan prestasi permainan pemain-pemain kami. Saya faham mereka kepenatan selepas kembali daripada perlawanan yang sukar dalam kejohanan Piala AFC sebelum ini. Kemudian tidak sampai satu hari pulang, kami perlu mengharungi perjalanan ke Sabah untuk perlawanan pusingan kedua Piala FA.
Saya tidak berpuas hati dengan karakter pemain kami pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua baru saya dapat lihat mereka kembali bermain dengan semangat juang yang tinggi.
Walau apa pun saya ucapkan syabas kepada pasukan Sabah yang telah bermain dengan baik. Mereka telah menunjukkan semangat juang dan prestasi yang tinggi. Kami bernasib baik dapat menang. Tetapi itulah bola sepak. Kadang-kadang anda bermain dengan teruk boleh menang dan kadang-kadang anda bermain dengan baik juga boleh tewas.
Syabas juga saya ucapkan kepada para pemain JDT. Saya berharap mereka dapat menunjukkan semangat juang yang lebih tinggi lagi pada perlawanan akan datang.
Raul Longhi, Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
———
THE PACKED SCHEDULE IS AFFECTING OUR GAME
I am happy with last night’s outcome but I was not pleased with the achievements of our own players. I understand that they may still be tired after coming back from a tough AFC match in Vietnam and flying straight to Sabah for the FA Cup 2nd round tie.
I was not impressed by the character shown by our players in the second half. Only during the 2nd half did I see them come back and showed high spirits.
I would like to congratulate Sabah for a good game. They displayed good performance and fought till the end. We were lucky to have won, but that is football. Sometimes you win a game eventhough you are performing badly and lose even when you are in top form.
Once again I would like to congratulate our players. I hope our players will show their fighting spirit in the upcoming matches.
Raul Longhi, Johor Darul Ta'zim FC Coach


Ulasan