“As an outsider, I sometimes often wonder why a rising club like JDT which has the best facilities, the best players and countless achievements on and off the pitch is being hated by many in this country.”'

SEMUA PERKARA DIJADIKAN ISU SEJAK TAHUN 2013, TETAPI AMAT PELIK APABILA SYARIKAT DAN ORGANISASI BESAR BOLA SEPAK DARI LUAR NEGARA KESEMUANYA MEMANDANG CARA KERJA YANG KAMI LAKUKAN SECARA PROFESIONALISME SELAMA INI.
Beberapa hari ini, terdapat beberapa kekecohan yang dikaitkan dengan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Pindaan jadual, malah persembahan skuad kebangsaan turut dikaitkan dengan JDT. Kadangkala saya sebagai orang luar yang datang ke sini pun berasa pelik apabila ada kelab yang sedang membangun seperti JDT yang mana mempunyai fasiliti yang terbaik, pemain yang bagus serta bermacam-macam pencapaian di dalam dan luar padang tetapi dibenci oleh ramai rakyat di negara ini.
Isu terbaru pula adalah terdapat kenyataan palsu mengenai beberapa pemain JDT yang dipanggil pulang. Setahu kami, pada masa ini tiada pemain JDT yang mewakili negara dipanggil pulang malah tidak ada surat arahan menyuruh mereka pulang. Selain itu, pemain-pemain tersebut juga tidak digugurkan oleh Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe dan apa yang kami tahu adalah akan ada penggiliran pemain dalam skuad tersebut.
Kami telah mengenal pasti beberapa individu yang mengeluarkan kenyataan dan tuduhan palsu ini. Kami juga telah merujuk perkara ini kepada peguam kelab kami untuk mengambil tindakan ke atas cerita palsu ini.
Alistair Edwards, Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
*******
EVERYTHING HAS BEEN TURNED INTO A BIG ISSUE SINCE 2013 BUT STRANGELY, EVEN THE BIG CORPORATIONS AND FOREIGN ORGANISATIONS APPLAUDE US FOR OUR PROFESSIONALISM.
In these past few days, there has been some fuss linking Johor Darul Ta'zim to match rescheduling and even the national squad's performance. As an outsider, I sometimes often wonder why a rising club like JDT which has the best facilities, the best players and countless achievements on and off the pitch is being hated by many in this country.
The latest issue circulating is some false accusations of several JDT players being called back. To our knowledge at this time, none of the JDT players representing Malaysia have been recalled. No letters instructing them back have been issued. None of our players have been dropped by Head Coach Tan Cheng Hoe. As far as we know, there will be a squad rotation.
We have identified those individuals who made the false statements. We have referred the matter to our club's lawyer who will take action against these false accusations.
Alistair Edwards, Johor Darul Ta’zim FC Technical Director


Ulasan