Peminat
bola sepak berebut untuk mendapatkan tiket perlawanan Liga Super di antara
Terengganu FC menentang JDT di kaunter tiket Stadium Sultan Ismail Nasiruddin
Shah hari ini.
KUALA TERENGGANU - Sebanyak
8,000 tiket perlawanan Liga Super antara Terengganu FA
(TFA) dan Johor Datul Ta’zim (JDT) di sini malam ini habis
dijual dalam masa 30 minit, sekali gus mengecewakan peminat
skuad Sang Penyu yang menunggu sejak awal pagi untuk
mendapatkan tiket.
Difahamkan tiket
berkenaan yang dijual bermula pukul 10 pagi tadi di Stadium
Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini habis dijual pada
pukul 10.30 pagi, manakala 2,000 lagi tiket yang
dijual dalam talian turut habis dijual.
Azizah Abdullah, 53, yang meluahkan
kekecewaannya terhadap situasi itu, berkata, meskipun boleh menonton
perlawanan itu menerusi kaca televisyen namun suasana tidak sama
seperti menonton di stadium.
“Saya dan anak-anak beratur dari pukul 8 pagi tadi lagi
apabila sampai di kaunter kami dimaklumkan bahawa tiket telah habis dan hanya
tinggal tiket kanak-kanak sahaja. Saya rasa sangat kecewa sebab tak sempat
nak beli tiket untuk perlawanan malam ini,” katanya ketika ditemui Bernama di
sini hari ini.
Ibu kepada sembilan orang anak ini turut berkata, sebelum ini beliau dan keluarga tidak pernah
terlepas peluang untuk melihat semua perlawanan pasukan Terengganu di
stadium berkenaan. - Bernama
Ulasan
Catat Ulasan