PENYERANG import Melaka United (MU), Yahor Zubovich menegaskan
nafsunya untuk merobek gawang lawan makin membuak-buak selepas meledak tiga gol
dalam aksi Liga Super setakat ini.
Justeru, penyerang kelahiran Belarus itu yang menyumbat gol
pertama ketika menentang Kelantan sebelum mencetak dua lagi jaringan ketika
bertemu Negeri Sembilan, mahu menjadikan gawang Johor Darul Ta’zim (JDT)
sebagai sasaran seterusnya untuk dirobek pada 24 Februari ini.
"Tugas sebagai penyerang adalah menjaringkan gol dan sudah tentu
saya sangat gembira dengan tiga gol yang sudah dihasilkan setakat ini.
“Malah, saya harap dapat menambah lagi jaringan bagi membantu
pasukan mencipta kemenangan termasuk menentang JDT nanti.
“Namun, saya harus akui tanpa kerjasama rakan sepasukan, sudah
pasti sukar untuk berbuat demikian,” katanya hari ini.
Penyerang berusia 28 tahun itu bagaimanapun mengakui pasukannya
perlu berhati-hati apabila bertandang ke Larkin.
“Walaupun
JDT pasukan yang kuat, saya dan rakan sepasukan tetap menyimpan hasrat mengejutkan
juara bertahan itu," katanya.
Ulasan
Catat Ulasan