PEMAIN tengah Melaka United (MU), Jeon Woo Young yakin jika
skuad itu mampu mengekang pergerakan barisan tengah Johor Darul Ta’zim (JDT)
pada aksi Liga Super malam esok, pasti keputusan positif mampu diperoleh.
Katanya, berdepan skuad terbaik negara itu bukanlah satu tugasan
mudah berikutan kemantapan barisan tengah yang diketuai Safiq Rahim.
“Tugas untuk melemahkan barisan tengah mereka adalah ujian yang
sukar, namun jika berjaya ia bakal menghalang pemain tuan rumah melakukan
hantaran kepada penyerang untuk menjaringkan gol.
“Harapan sekurang-kurangnya satu mata mampu dibawa pulang jika
mampu menghalang mereka mendapatkan gol. Selepas menang 3-0 mengatasi Negeri
Sembilan baru-baru ini, moral pemain MU kian meningkat bagi mengharungi saingan
di Larkin,” kata import dari Korea Selatan itu.
Woo Young bagaimanapun berkata, JDT bukan lawan mudah, malah
pasukan berkenaan memiliki kelebihan untuk melakar kemenangan tambahan aksi di
gelanggang sendiri.
“Sehubungan
itu, usaha dan komitmen tinggi dalam kalangan pemain dengan fokus jitu mampu
membuahkan hasil memberangsangkan,” katanya.
Ulasan
Catat Ulasan