“We have also analysed the opponents' playing style and I will instruct the selected players to always stay focused during the game and maintain the playing momentum without making any mistakes.”

PERSIAPAN KAMI TETAP BERJALAN LANCAR DAN SEMANGAT PEMAIN TAMPAK BEGITU TINGGI
Ini kali pertama kami akan beraksi di Cheras dan saya optimis keadaan padang di stadium berkenaan dalam keadaan baik kerana saya difahamkan padang di stadium berkenaan baharu saja dibaik pulih dan ia penting bagi memberi ruang kepada pemain untuk memperagakan taktikal yang dirancang.
Meskipun kami kesuntukan masa dan hanya mampu melakukan proses pemulihan sahaja selepas aksi menentang PKNP FC, persiapan kami tetap berjalan lancar dan semangat pemain tampak begitu tinggi.
Kami juga menyelidik corak permainan lawan dan saya akan mengarahkan setiap pemain yang bakal diturunkan supaya sentiasa fokus dalam perlawanan itu dan mengekalkan momentum permainan tanpa membuat kesilapan.
Kehadiran penyokong bakal memberi suntikan semangat dan motivasi kepada setiap pemain dan tidak salah untuk kita ‘membanjirkan’ stadium di Cheras kerana para pemain mahu sokongan anda.
Ulisses Morais, Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
*******
OUR PREPARATIONS ARE GOING WELL AND THE PLAYERS ARE IN HIGH SPIRITS
This is our first time playing in Cheras and I am optimistic that the pitch at the stadium is in a good condition because I understand that the pitch has just been fixed and it is important to give some space to players to execute tactics.
Although we are running short on time and have just undergone a recovery process after our match against PKNP FC, our preparations are going well and the players are in high spirits.
We have also analysed the opponents' playing style and I will instruct the selected players to always stay focused during the game and maintain the playing momentum without making any mistakes.
The presence of fans will provide inspiration and motivation for the players and it is not wrong for us to pack the stadium in Cheras because the players need your support.
Ulisses Morais, Johor Darul Ta'zim FC Head Coach

Ulasan