“We did our best in the game. We controlled the ball almost 85% of the time and had plenty of chances in front of goal. But we did not score one goal at all. This is football, there are good and bad days.“

INILAH BOLA SEPAK
Kami sudah lakukan semua yang terbaik dalam perlawanan ini. Kami mengawal bola hampir 85 peratus perlawanan dan mendapat berpuluh-puluh peluang di hadapan pintu gol. Tetapi kami tidak dapat menjaringkan satu gol sekalipun.
Inilah bola sepak, ada hari bagus dan ada hari tidak bagus. Dalam bola sepak jikalau kami tidak menjaringkan goal, pihak lawan yang akan jaringkan goal. Dalam bola sepak jika mahukan kemenangan, anda mesti menjaringkan gol. Dan hari ini adalah hari tidak bagus buat kami tetapi kami bernasib baik hari yang tidak bagus ini hadir pada awal musim, bukannya datang pada penghujung musim. Jikalau dilihat pada sejarah JDT, selalunya tiga perlawanan pertama kebiasannya memang seperti ini. Jikalau hendak lihat yang betul, tunggulah nanti.
Walau apa sekalipun, perkara seperti ini boleh terjadi satu tahun sekali sahaja. Saya tidak percaya perkara seperti ini boleh terjadi dua tiga kali dalam setahun apabila ada berpuluh-puluh peluang di hadapan gol namun satu pun tidak boleh masuk. Ia hanya sekali dalam setahun.
Kami akan memperbaiki kesilapan ini, dan cuba yang terbaik untuk sepanjang musim ini. Tetapi walau macam mana pun, saya belum mahu menekan butang panik, kami perlu memperbaiki beberapa kesilapan. Jikalau diteliti keseluruhan perlawanan ini, kami menyerang dan kami mengawal perlawanan tetapi kami tidak dapat menjaringkan gol. Itulah perkara itu yang kami kena perbaiki.
Ulisses Morais, Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
*******
THIS IS FOOTBALL
We did our best in the game. We controlled the ball almost 85% of the time and had plenty of chances in front of goal. But we did not score one goal at all.
This is football, there are good and bad days. In football, if you dont score the goals the opponent will. In order to win you have to score. And today wasn't a good day for us but we are lucky because the bad day came at the start of the season, not at the end. If you look at JDT's history, the first three games are always like this. If you want to look at the real assessment, wait for it.
Regardless, this thing only happens once a year. I don't believe it can happen twice in a year where you get plenty of goal-scoring chances but did not manage to put any in. It only happens once a year.
We will address our weaknesses and try our best throughout the season. But no matter what, I will not press the panic button, as we need to fix several mistakes. If we analyse the game, we attacked and we controlled the match but we did not score any goals. That is what we have to work on.
Ulisses Morais, Johor Darul Ta'zim FC Head Coach

Ulasan