“We cannot always think of our mistakes made. We need to think of what we need to do next to fix the mistakes. We need to be positive, not negative.”

PARA PEMAIN TELAH MEMBERIKAN AKSI PERMAINAN YANG SANGAT BAIK DALAM PERLAWANAN INI
Kami menjangkakan perlawanan malam ini akan menjadi satu perlawanan yang sukar kerana kami tahu yang kami berhadapan dengan sebuah pasukan yang hebat. Namun saya merasakan JDT berjaya menguasai perlawanan sepanjang separuh masa pertama.
Saya mempunyai pasukan yang baik kerana mereka telah memberikan persembahan yang amat baik sepanjang 90 minit perlawanan serta menjaringkan tiga gol. Tidak mustahil bahawa kami mampu menjaringkan lebih banyak gol kerana para pemain telah melakukan yang terbaik.
Di JDT, kami mempunyai banyak pemain yang mampu menggantikan mana-mana posisi permainan, sebagai contoh Hariss Harun. Beliau merupakan pilihan pertama untuk menggantikan Marcos pada malam ini. Hariss juga telah memberikan aksi perlawanan yang sangat baik.
Kami tidak boleh sentiasa memikirkan kesilapan yang telah kami lakukan. Kami perlu fikir mengenai apa yang kami perlu lakukan selepas ini untuk memperbaiki kesilapan tersebut. Perlu menjadi positif, bukan negatif.
Mengenai Farizal, kali terakhir beliau beraksi pada musim lepas adalah di perlawanan Piala AFC, dan pada musim ini juga beliau telah memulakan kembali aksi perlawanan beliau di Piala AFC. Sudah semestinya beliau telah melakukan ‘come back’ dengan kemenangan untuk pasukan.
Ulisses Morais, Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
*******
THE PLAYERS HAD PUT UP A FANTASTIC PERFORMANCE IN THIS MATCH
We expected the match to be a tough one because we knew we were facing a great team. However I feel JDT dominated the game throughout the first half.
I have a good team because they put up a great performance throughout the 90 minutes and scored three goals. It was not impossible for us to score more goals because the players did their best.
At JDT, we have many players who can fill different positions, such as Hariss Harun. He was the first choice to replace Marcos tonight. Hariss also showed a very good performance.
We cannot always think of our mistakes made. We need to think of what we need to do next to fix the mistakes. We need to be positive, not negative.
As for Farizal, the last time he played last season was in the AFC Cup, and this season he also returned to action in the AFC Cup. Of course he made a comeback with a win for the team.
Ulisses Morais, Johor Darul Ta'zim FC Head Coach

Ulasan