JURULATIH sementara
JDT, Raul Longhi (kanan) ketika mengendalikan sesi latihan di Vietnam. - Foto
JOHOR Southern Tigers
KUALA LUMPUR: Jurulatih sementara skuad Johor Darul Ta'zim
(JDT), Raul Longhi mengingatkan semua pemain serta kakitangannya bahawa 'tiada
sesiapa pun yang lebih besar daripada kelab'.
Kenyataan Longhi yang disiarkan di laman Facebook rasmi kelab,
JOHOR Southern Tigers, hari ini dipercayai merujuk kepada tindakan penyerang
import, Jorge Pereyra Diaz yang didakwa menghilangkan diri daripada kelab itu,
kelmarin.
Longhi dilantik sebagai jurulatih sementara skuad Harimau
Selatan, selepas peletakan jawatan secara mengejut oleh ketua jurulatih Ulisses
Morais, kelmarin.
"Saya mengambil tanggungjawab ini dengan positif walaupun
sedih apabila Ulisses Morais tidak lagi bersama kami. Bagaimanapun, agenda dan
polisi kelab harus diteruskan.
"Bukan sahaja untuk menjaga falsafah dan agenda JDT, tetapi
juga yang paling mustahak adalah polisi kelab.
"Saya harus mengingatkan yang semua pemain termasuk barisan
staf perlu menghormati polisi kelab, dan tiada orang lebih besar daripada
kelab. Itu adalah keutamaan saya," katanya.
Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards, hari ini mengesahkan
Diaz meninggalkan hotel penginapan pasukan pada jam 12 tengah malam kelmarin di
Singapura, sebelum pasukan berlepas ke Vietnam untuk perlawanan Piala AFC.
Ia satu lagi tamparan hebat yang terpaksa dihadapi juara Liga
Super itu dengan mereka kini menggalas misi memburu kemenangan kedua
berturut-turut dalam saingan Piala AFC berdepan Song Lam Nghe An FC, esok.
JDT kini menghuni tangga teratas Kumpulan H, selepas meraih
kemenangan 3-0 ke atas kelab Indonesia, Persija Jakarta di Stadium Tan Sri
Hassan Yunos pada 14 Februari lalu.
Ulasan
Catat Ulasan