This article talks about the current situation of football management in our country where certain quarters involved in club football management may not have a future with it due to their carefree attitude towards administrative matters.

DYAM TMJ PENCETUS REVOLUSI MINDA BOLA SEPAK MALAYSIA
Artikel terbaru Stadium Astro memperkatakan tentang perkara yang berlaku dalam pengurusan bola sepak di negara kita di mana segelintir mereka yang berkhidmat di dalam pengurusan kelab tidak dapat melihat masa depan yang cerah apabila bersikap sambil lewa sahaja dalam hal-hal pentadbiran.
Ini jelas dapat dilihat apabila beberapa pasukan dalam Liga Malaysia tidak dapat menepati tarikh yang telah ditetapkan oleh Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) untuk menghantar semua dokumentasi kepada pengurusannya.
Mentaliti tunggu dan lihat serta sikap acuh tidak acuh dalam melaksanakan tanggungjawab mengurus dan menepati masa di dalam merancang sesuatu tugas itu sudah menjadi virus dalam diri segelintir masyarakat bola sepak kita, sebaliknya mereka lupa bahawa bola sepak menuntut masa ditepati dan disiplin itu dituntut sekiranya ingin berjaya.
Ini kerana bola sepak itu sendiri menekankan tiga perkara, iaitu pendidikan, psikologi dan bola sepak.
Artikel tersebut turut menyentuh tentang DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang mempunyai nilai disiplin yang sangat tinggi. Sebagai seorang yang berlatar belakangkan tentera, Baginda begitu menekankan soal disiplin dalam pengurusan.
Dengan nilai disiplin yang tinggi itu, ia mampu merubah minda seseorang itu untuk terus mencari peluang bagi membina masa depan yang lebih cerah, apatah lagi dalam dunia bola sepak kini yang tiada sempadan dalam mencari penajaan.
Sikap beginilah yang diinginkan presiden FAM kerana ia dapat membantu merevolusikan minda seseorang itu untuk mencipta kejayaan.
********
HRH CROWN PRINCE OF JOHOR THE REVOLUTIONARY MIND OF MALAYSIAN FOOTBALL
The latest Stadium Astro article talks about the current situation of football management in our country where certain quarters involved in club football management may not have a future with it due to their carefree attitude towards administrative matters.
It is clear to see when several teams in the M-League failed to meet the deadline set by Football Malaysia LLP (FMLLP) to submit documents to its management.
The wait-and-see mentality and nonchalant attitude in carrying out the responsibility of managing and meeting deadlines in planning have become a virus within our football society, as they have forgotten that football demands timeliness and discipline if they want success.
It is because football itself emphasises on three things, which are education, psychology and football.
The article also touches on HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, puts discipline in high value. As a person with a military backround, His Royal Highness emphasizes high discipline in management.
With a high value on discipline, it could change a person way of thinking to find opportunities to build a better future even more so in todays football world where there are no boundaries in finding sponsorships.
This is the mindset that is wanted by the FAM president because it will help revolutionise someone to create success.

Ulasan