Raul Longhi dilantik jurulatih sementara JDT


RAUL Longhi. - Foto laman facebook Johor Southern Tiger


JOHOR BAHRU - Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) melantik pengendali kelahiran Argentina, Raul Longhi sebagai pengendali sementara kelab itu bermula hari ini.
Perkara tersebut disahkan oleh Presidennya, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dalam laman facebook rasmi Johor Southern Tigers sebentar tadi,
"Kami ingin mengumumkan bahawa Mr. Raul Longhi akan mengambil alih tugas sebagai ‘caretaker coach’ (pengendali sementara) kelab JDT. Beliau mempunyai pengalaman menjadi ‘caretaker coach’ di  Espanyol, selain telah berkhidmat bersama kelab JDT selama 3 tahun dan arif mengenai kelab serta falsafah bolasepak JDT.
"Beliau akan dibantu oleh penolong jurulatih JDT, Ismail Ibrahim," katanya.
Sebagai rekod, pengendali skuad Harimau Selatan sebelum ini, Ulisses Morais meng­umumkan telah meletak jawatan serta-merta semalam. - K! ONLINE

Ulasan