LONGHI dilantik
menjadi jurulatih sementara JDT.
KUALA LUMPUR: Kelab
Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan pelantikan Raul Longhi sebagai
jurulatih sementara skuad itu selepas Ulisses Morais melepaskan jawatan secara
mengejut, semalam.
Perkara itu diumumkan
Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim menerusi kenyataan di laman
Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers, hari ini.
"Kami ingin
mengumumkan bahawa Raul akan mengambil alih tugas sebagai 'Caretaker Coach'
(jurulatih sementara) JDT.
"Selain mempunyai
pengalaman menjadi 'caretaker coach' di kelab Espanyol, pengalaman bersama JDT
selama tiga tahun dan arif mengenai kelab serta falsafah bola sepak JDT menjadi
faktor beliau dilantik untuk melatih JDT.
"Oleh itu, kelab
memutuskan untuk beliau menjadi 'Caretaker Coach' dan akan dibantu oleh Ismail
Ibrahim, Penolong Jurulatih JDT," kata Tunku Tun Aminah.
Raul akan memikul tugas
pertama pada aksi Piala AFC antara JDT dengan kelab Vietnam, Song Lam Nghe An
di Satdium Vinh, Rabu ini.
Morais mengecapi beberapa
kejayaan membanggakan sejak bersama JDT, Jun lalu termasuk menjuarai Liga Super
buat kali keempat berturut-turut selain mencipta sejarah baru kelab apabila
merangkul kejuaraan Piala Malaysia buat kali pertama.
Namun, jodoh jurulatih
kelahiran Portugal itu hanya bertahan sembilan bulan apabila beliau mengumumkan
peletakan jawatan semalam atas faktor kesihatan keluarga.
Ulasan
Catat Ulasan