ALHAMDULILLAH! MASIH ADA LAGI ORANG YANG BIJAK DALAM DUNIA INI. BAHAGIAN II
SOAL JAWAB BERSAMA SEORANG PENULIS, IBNU REZZA AL-JAWARI
Seorang peminat bola telah menghantar mesej kepada penulis mengenai beberapa isu.
S : Dengan memberikan peluang kepada 5 tenaga import ini, bolehkah kita katakan ianya pemindahan skil serta ilmu pengetahuan bola sepak moden, tuan?
J : Disebabkan mood saya baik ini hari, saya layankanlah soalan sinis ini. Sebelum itu saya hendak tanya.
Anda pernah bermain bola tak? Dan apa yang anda faham tentang pemindahan skil?
Untuk pengetahuan anda, bola sepak ni adalah salah satu antara ‘unwritten skills’. Ia bukan seperti skil kerja pejabat yang boleh adakan seminar atau kursus 2 hari, buat ‘power point presentation’ untuk ajar cara menggunakan Excel, Data Entry, Photo Edit dan sebagainya.
Skil dalam bola sepak semuanya ‘undocumented’. Sebagai contoh, bagaimana hendak terangkan skil melakukan ‘offball movement’ guna ‘slides power point’? Mungkin anda boleh terangkan apa itu ‘offball movement’ secara kasar tetapi bagaimana hendak mengajarnya?
Anda hanya boleh mengajar dengan cara menunjukkan cara bagaimana melakukannya. Sebab itu salah satu cara pemain belajar dalam bola sepak adalah dengan meniru.
Meniru itu bahasa pasar, kalau hendak nampak sofistikated sikit kita sebut pemindahan skill. Jadi elemen paling penting untuk meniru dalam bola sepak adalah melalui pemerhatian.
Sebagai contoh, JDT ambil Lucho (Luciano Figueroa) bermain kerana beliau seorang pemain yang mahir dalam membuat ‘offball movement’. ‘Positional’ skil beliau memang yang terbaik dalam Liga Malaysia.
Jadi, pemain-pemain tempatan seperti Hazwan Bakri, Hadi Fayyadh, Syafiq Ahmad yang ketika ini menjadi ‘understudies’ kepada Lucho mesti ambil kesempatan untuk memerhati gaya permainan Lucho. ‘Observe’, ‘analyze’, ‘practice’ dan ‘apply the skill in training’ sehingga mahir.
Ini perkara yang sama dipraktikkan oleh semua pemain bola sepak di seluruh dunia kecuali Malaysia. Kenapa Malaysia tak termasuk?
Kerana orang Malaysia tak suka buat perkara yang susah seperti nak memerhati, analisis dan semua tersebut. Mereka tiada kesabaran dan lebih suka jalan pintas.
Sebab itu kalau diperhatikan pemain-pemain Malaysia diperingkat ‘junior’ seperti B23 memang hebat tetapi apabila masuk peringkat ‘senior’ terus lesu sebab tiada peningkatan dalam permainan mereka lagi. Skil level pun mendatar sahaja sentiasa.
Dan lagi satu perkara, kena ingat bahawa pemain-pemain import ini pun hendak cari makan juga. Oleh itu, tidak semua skil mereka didedahkan sewaktu latihan.
Kebanyakan mereka hanya akan menunjukkan skil hebat mereka dalam perlawanan sebenar. Sebab itu adalah penting untuk pemain-pemain tempatan membuat pemerhatian terhadap rakan-rakan import mereka ni bermain dalam perlawanan sebenar.
Saya bagi contoh lagi seperti Fazly Mazlan. Tahun lepas Fazly adalah pemain pertahanan terbaik dalam Liga M.
Tiada pemain tempatan lain yang boleh mencabar Fazly dalam posisi tersebut. Tetapi Fazly ada banyak kelemahan yang perlu dipertingkatkan dalam permainannya.
Kita lihat seperti dalam perlawanan menentang Gamba Osaka tahun lepas, kelemahan Fazly dengan mudah didedahkan oleh pemain-pemain Jepun. Sebab itu pengurusan JDT membuat keputusan membawa masuk Corbin-Ong supaya Fazly boleh jadi ‘understudy’ kepada Corbin-Ong.
Kita lihat pula pada Afiq Fazail yang tahun ni diturunkan ke bangku simpanan dengan kehadiran Hariss Harun. Sebenarnya, Afiq Fazail bukanlah calon untuk menggantikan Haris Harun.
Sebaliknya, Afiq Fazail sedang dilatih untuk menjadi pengganti kepada Natxo Insa. Sebab itu Afiq Fazail diletakkan di bangku simpanan supaya beliau boleh mempelajari permainan Natxo.
Jikalau Afiq diletakkan sebagai pemain utama bersama-sama dengan Natxo maka beliau akan lebih terbeban untuk melaksanakan tugasnya sebagai ‘ballwinner’, jadi tiada yang dapat dipelajari dari Natxo.
Dan saya hendak bagitahu anda cara sebenar hendak mengajar seseorang itu bermain bola adalah 50% pemerhatian, 15% teori and 35% praktikal. Setiap pemain perlu ada teori dan memerhati apa yang hendak dipraktikkan terlebih dahulu bukannya mempraktikkan secara membuta tuli.
Bila pemain tersebut tidak melakukan pemerhatian dan mempelajari teori, maka jadilah dia apa yang orang panggil ‘headless chicken’. Bermain di atas padang tanpa ada tujuan seperti majoriti pemain-pemain tempatan kita.
Sebab itu mereka ini sangat lemah dalam bab taktikal, teknikal dan hanya boleh bermain satu jenis corak permainan sahaja iaitu ‘longball’.
S : Pengetahuan yang bagaimana yang diperlukan oleh pemain kita, tuan? Dari zaman jurulatih Ken Worden sampai jurulatih Nelo Vingada kita terus diselubungi dengan taktikal ‘longball’ sahaja.
J : Jawapan ni anda boleh rujuk kepada jawapan soalan pertama yang saya sudah jawab. Tak guna kita tukar jurulatih kepada Pep Guardiola sekalipun jikalau tidak ada pemindahan skill berlaku diperingkat pembangunan.
Macam saya katakan, bola sepak ini bersifat ‘unwritten skills’. Jikalau kita hendak bermain tiki-taka, jurulatih hanya boleh membimbing pemain-pemain yang dah ada skil untuk bermain tiki-taka.
Jikalau kita tiada pemain-pemain yang ada skil ini, maka Pep Guardiola juga terpaksa tukar taktikal dan bermain ‘longball’. Dan salah satu masalah kita sejak dari dulu lagi ialah kita asyik ambil jurulatih dari England dan Australia, dua negara yang terkenal dengan permainan ‘longball’.
Oleh itu, jadilah kita salah sebuah pasukan yang menjadi waris kepada taktikal permainan ‘longball’. Benda dah berakar umbi memang sukar untuk diubah.
S : Lagi satu hendak tanya. Sekarang banyak ‘haters’ bertanya pasal perjanjian 'Feeder Club' yang menyatakan sekurang-kurangnya 4 pemain B23 dalam kesebelasan utama. Mereka ungkit isu ni. Jadinya, JDT mmg tak terpakai lagikah perjanjian 'Feeder Club' ini? Mohon pencerahan, tuan.
J : Yang anda pergi layan ‘haters’ itu buat apa? Mereka itu masih kolot lagi sebab dah berkurun duduk dalam gua tidak keluar-keluar.
Tambah pula selepas JDT menang piala keramat rakyat Malaysia tahun lepas, lagi menjauh ke dalam diorang bertapa.
Kan sudah bagitahu Liga M akan ikut struktur La Liga. Dan sudah ada perjanjian kerjasama antara Liga M dengan La Liga.
Kevin Ramalingan dan Dato' Hamidin pun sudah dihantar berkursus kat Sepanyol tahun lepas.
Lagi satu perangai ‘haters’ ini adalah mereka hanya tahu memekak sahaja mencari salah seperti tin kosong. Macam mana hendak maju macam tu?
Nak maju kena tiru orang yang dah berjaya. Kalau dah tahu Liga M ni gred D maka ikutlah cara liga gred A seperti La Liga.
Dan kalau sudah tahu JDT pasukan paling berjaya waktu ini, maka ikutlah cara pengurusan JDT sebagaimana yang Terengganu buat. Sekarang ini apa yang JDT boleh buat, Terengganu pun boleh buat.
Yang pasukan lain tak mahu ikut kenapa? Sendiri yang bodoh sombong tapi hendak menyalahkan orang lain pulak.
Dan lagi satu. Saya baru terbaca artikel semuanyabola dalam fb page JDT - Sana Sini. Selalunya saya malas nak ulas analisis orang lain.
Tapi kali ni saya nak perbetulkan sedikit sahaja. Dalam artikel tersebut, penulis mengatakan JDT bermain dengan taktikal ‘double pivot’. Ini adalah tidak betul.
Yang sebetulnya JDT bermain dengan ‘single pivot’ dan ‘2 creative box-to-box midfielders’ iaitu Safiq dan Natxo seperti gabungan pemain tengah Manchester City iaitu David Silva dan Kevin De Bruyne.
Ini adalah taktikal menyerang. Musim ini JDT tidak akan bermain secara bertahan tidak kiralah sama ada main ‘home’ atau ‘away’.
‘The mentality is always to attack and try to impose our game on the opposition’. Dan anda semua boleh lihat bagaimana JDT menyerang Kedah di kawasan mereka sampai mereka bagaikan sesak nafas hendak keluar dari kepungan. Dan ini juga adalah antara penyebab JDT kena belasah dengan Muangthong.
‘We tried to impose our game on Muangthong and we failed miserably. As a result, we got trashed’. Jikalau JDT bermain secara konservatif dengan bertahan kita takkan kena belasah sampai 5 gol.
Oleh : Ibnu Rezza Al-Jawari
*******
THANK GOD! THERE’S STILL INTELLIGENT PEOPLE IN THIS WORLD. PART II
Q&A WITH WRITER IBNU REZZA AL-JAWARI
A fan messaged the writer regarding a few issues.
Q : By letting in these 5 import players, will we benefit from their skills and knowledge of modern football?
A : Since I am in a good mood, I will entertain this sarcastic question but before that I will ask you a few questions.
Have you ever played football? What do you know about skill transfer?
For your information, football is one of the unwritten skills. It’s not a skill you get from working in an office where you do two-day seminars, where you make a PowerPoint presentation to teach others how to use Excel, data entry, photo edits etc.
Skills in football are undocumented. For instance, how do you explain an off-ball movement using slides from a PowerPoint? Maybe you could roughly explain to me what off ball movement is but how do you teach it?
You can only teach by doing because that’s the only way to do it, by copying other players.
Copying may not be the word for it, but to make it sound more sophisticated we will call it skill transfer. So, the most important element in football is to mimic through observation.
As an example, JDT took on Lucho because of his skilled off-ball movements. His positional skills are second to none in Liga Malaysia.
Local players like Hazwan,Hadi Fayyadh, Shafiq Ahmad are Lucho’s understudies and must take this opportunity to observe his playing style. Observe, analyse and apply the skills until they themselves are skilled.
This is practiced by all players around the world except Malaysia. Why not Malaysia?
It is because Malaysian do not have the patients to observe and analyse. They like to take the easy road.
That is why if you look at a junior local player U23, they are extremely skilled but once you progress up to the senior squad their skills decline and there are no improvements. Their skill level becomes stagnant.
And to add, these import players are here to make ends meet. They won’t show off all their skills during training.
Most of them will only show off their secret skills during an actual match, that is why it is important for our local players to observe the imports during a game.
I will give you an example, take Fazly Mazlan. Last year Fazly was the best left back in the Liga M.
There was no other local player that could challenge Fazly at his position. But Fazly had a weakness and needs to improve his game.
The match against Gamba Osaka last year, Fazly’s weakness was easily exploited by the Japanese players. That is the reason why JDT’s management brought in Corbin Ong, so that Fazly could understudy Corbin-Ong.
Now we look at Afiq Fazail who was benched with the arrival of Haris Harun, actually Afiq Fazail in not a candidate to replace Haris Harun.
Conversably, Afiq Fazail is being trained to replace Natxo Insa. Therefore he is being benched so he could learn from Natxo.
If Afiq was fielded with the first eleven with Natxo, he will be more pressured to complete his task as a ball winner, then there is nothing he would learn from Natxo.
I will tell you that football is 50% observation, 15% theory and 35% practical. Every player has to have theory and observation of what they are practicing and not blindly go into battle.
When a player leaves behind observation and theory, then he becomes a headless chicken. Playing like most of our local players.
That is why they are week when it comes to tactical, technical and only know how to play the longball.
Q : what type of knowledge do our players need? From the time of coach Ken Worden all the way to coach Nelo V, we have played the longball tactic.
A : To answer this question, you have to refer to the first question that I answered. It won’t help even if we had Pep Guardiola if our skill transfer is still in its development stage.
Like I said before, football is an unwritten skill. If we want wanted to play ‘tiki-taka’ then the coach has to find the right players with the right skill set to play ‘tiki-taka‘.
If we do not have players with this skill set, then Pep Guardiola has to change tactics and play the longball. One of our problems is that we have been getting coaches from England and Australia, two countries famous for playing the longball.
We are a team that inherited the longball tactics. Intrenched and hard to change.
Q : I have another question. Many Haters are asking about the ‘Feeder Club’ agreement that a minimum of 4 U23 players are in a starting 11. They have brought this up again. Is JDT not adhering to this agreement? What’s your take?
A : Why are you even bothered by what haters think? They are simple minded and ways behind the times because they have been living in caves and haven’t come out since, and when JDT won the Malaysian Cup they have become hermits living deeper in it.
I have already told you, Liga M follows the structure of La Liga. There is even an agreement between them.
Kevin Ramalingam with Dato’ Hamidin went for a course in Spain last year.
One more thing haters are good at is being an empty can. They only know how to make noise. How can we progress.
If you want to progress you have to mimic those that are successful.if you know Liga M is in grade D then follow La Liga that is in Grade A.
Adding to that, since you know that JDT is the most successful club then follow their management like how Terengganu is doing right now. Whatever JDT can do, Terengganu can do also.
Why aren’t the other teams following suit? It’s because of their own arrogance.
Furthermore, I just read an article from Semuanyabola on the JDT – Sana Sini FB page.
I’m not one to analyse other people’s work, but I want to make a comment. The article said that JDT is playing a double pivot tactic. This is not true.
The truth is JDT plays a single pivot and 2 creative box to box midfielders that are Shafiq and Natxo, similar to Davis Sliva and Kevin Bruyne of Manchester City.
The truth is JDT plays a single pivot and 2 creative box to box midfielders that are Shafiq and Natxo, similar to Davis Sliva and Kevin Bruyne of Manchester City.
This is an attacking tactic. This season JDT will not be playing a defensive game, home or away.
The mentality is always to attack and try to impose our game on the opposition. And you all saw how JDT attacked Kedah in their area until Kedah suffocated trying to get out of the siege. This is the same reason JDT was beaten by Muangthong. We tried to impose our game on Muangthong and we failed miserably.
As a result, we got trashed. If JDT were to play conservatively by holding on me might not have been beaten by 5 goals.
By: Ibnu Rezza Al-Jawari
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
*****
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan