Melaka United tersungkur di Larkin

 Tewas kepada JDT 0-3, Pahang kecewakan Selangor di Cheras, manakala Kelantan bangkit lakar kemenangan


DIAZ (kanan) meraikan jaringannya ketika membantu JDT menewaskan Melaka United 3-0 pada aksi Liga Super di Larkin malam tadi.


FORKEY DOE (tiga dari kiri) cuba melepasi kawalan pemain Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.



KELAB Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memastikan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos menjadi kubu kebal mereka selepas menepati ramalan menundukkan Melaka United 3-0 dalam aksi Liga Super di Larkin malam tadi.
Dalam aksi itu, perancang veteran skuad Harimau Selatan, Luciano Figuero membuka tirai jaringan pada minit ke-12 sebelum Jorge Pereyra Diaz dan Natso Insa masing-masing meledak satu gol (m-20 dan m-34) dan kedudukan sehingga tamat perlawanan.
Di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, Pahang melakar kemenangan apabila menewaskan Selangor 3-1.
Patrick dos Santos terlebih dulu membuka gol awal pada minit ke-7, tetapi berjaya disamakan oleh penyerang Gergasi Merah, Rufino Segovia pada minit ke-38.Bagaimanapun, kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Francis Forkey Doe muncul wira skuad Tok Gajah dengan meledak dua gol pada minit ke-49 dan 71.

Ulasan