Tekad lakar kejutan ke atas Harimau Selatan
pada aksi Liga Super minggu depan
PASUKAN
Melaka United meraih suntikan semangat baharu apabila mahu menjadikan juara
Liga Super empat kali berturut-turut, kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai
mangsa seterusnya selepas meraih lonjakan semangat baharu setelah membenam
Negeri Sembilan 3-0 di Stadium Hang Jebat kelmarin.
Biarpun
sedar skuad Harimau Selatan bukan lawan mudah, lebih-lebih lagi beraksi di
laman keramat, Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin pada 24 Februari
ini, namun skuad bimbingan Eduardo Almeida yakin Sang Kancil mampu lakar
kejutan.
“Para
pemain perlu terus bekerja keras semasa latihan dalam mencari keserasian bagi
membentuk sebuah pasukan yang benar-benar bersedia ketika berdepan JDT nanti.
“Setakat
ini saya berpuas hati dengan rentak permainan yang ditunjukkan oleh pemain
tanpa perlu kita menukar strategi untuk setiap perlawanan,” katanya
Pada
aksi kedua liga 7 Februari lalu, Melaka United tewas 1-4 kepada Selangor,
manakala JDT kecundang kepada Kuala Lumpur 0-1 di Stadium Kuala Lumpur, Cheras
kelmarin.
PEMAIN JDT, Jorge Pereyra Diaz (atas) menjadi taruhan skuad Harimau Selatan untuk merobek gawang Melaka United pada aksi Liga Super di Larkin pada 24 Februari ini.
PARA pemain Melaka United tekad bekerja keras bagi merealisasikan impian untuk melakar kejutan ke atas JDT pada aksi Liga Super di Larkin minggu
Ulasan
Catat Ulasan