KELAB Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan pelantikan
Raul Longhi sebagai jurulatih sementara skuad itu selepas Ulisses Morais
melepaskan jawatan secara mengejut, semalam.
Perkara itu diumumkan Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Sultan
Ibrahim menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern
Tigers, hari ini.
“Kami ingin mengumumkan bahawa Raul akan mengambil alih tugas
sebagai ‘Caretaker Coach’ (jurulatih sementara) JDT.
“Selain mempunyai pengalaman menjadi ‘caretaker coach’ di kelab
Espanyol, pengalaman bersama JDT selama tiga tahun dan arif mengenai kelab
serta falsafah bola sepak JDT menjadi faktor beliau dilantik untuk melatih JDT.
“Oleh itu, kelab memutuskan untuk beliau menjadi ‘Caretaker
Coach’ dan akan dibantu oleh Ismail Ibrahim, Penolong Jurulatih JDT,” kata
Tunku Tun Aminah.
Raul akan memikul tugas pertama pada aksi Piala AFC antara JDT
dengan kelab Vietnam, Song Lam Nghe An di Satdium Vinh, Rabu ini.
Morais mengecapi beberapa kejayaan membanggakan sejak bersama
JDT, Jun lalu termasuk menjuarai Liga Super buat kali keempat berturut-turut
selain mencipta sejarah baru kelab apabila merangkul kejuaraan Piala Malaysia
buat kali pertama.
Namun,
jodoh jurulatih kelahiran Portugal itu hanya bertahan sembilan bulan apabila
beliau mengumumkan peletakan jawatan semalam atas faktor kesihatan keluarga.
Ulasan
Catat Ulasan