Langkau ke kandungan utama

KL lakar kejutan tundukkan JDT

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Pendatang baharu Liga Super, Kuala Lumpur mencipta kejutan apabila menundukkan penyandang juara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi yang berlangsung di Stadium Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras di sini sebentar tadi.
Gol tunggal perlawanan disumbangkan oleh penyerang import dari Brazil, Paolo Josue pada minit ke-45.
Perlawanan ini merupakan sambungan baki 34 minit perlawanan yang berlangsung malam tadi selepas aksi kedua-dua pasukan ditangguhkan ke pukul 4 petang tadi kerana hujan lebat
Kedudukan ketika perlawanan ditangguhkan pada minit ke-56 adalah 1-0 berpihak kepada tuan rumah. - UTUSAN ONLINE

Ulasan