KETUA jurulatih kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Ulisses Morais tidak mahu skuad Harimau Selatan berada dalam keadaan selesa selepas merangkul kemenangan besar 3-0 ke atas Melaka United di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin kelmarin.
Morais berkata, masih terlalu awal untuk berasa selesa, sebaliknya skuad Harimau Selatan perlu berjuang untuk memenangi setiap perlawanan, sekali gus memastikan mereka pasukan yang konsisten dalam saingan Liga Super.
“Kejayaan pada malam ini (kelmarin) merupakan yang paling bermakna kepada kami kerana berjaya berada dalam kelompok teratas liga.
“Apa pun saya rasa ia masih terlalu awal dan kami perlu bekerja keras untuk mengharungi perlawanan akan datang,” katanya pada sidang akhbar kelmarin.
Pada aksi kelmarin, ketiga-tiga gol kemenangan skuad Harimau Selatan dihasilkan menerusi jaringan pemain import, Luciano Figuero, Jorge Pereyra Diaz dan Natso Insa.
Mengulas mengenai perlawanan itu, Morais mengakui para pemain menampilkan persembahan baik pada separuh masa pertama. bagaimanapun pada separuh masa kedua, tempo perlawanan sedikit merundung.
“Secara keseluruhan, kami masih menguasai hampir keseluruhan perlawanan selain mempunyai banyak peluang terhidang untuk menghasilkan gol. Pemain juga berjaya melunaskan tugas mereka dengan baik.
Morais menambah, bagi separuh masa kedua pertukaran perlu dilakukan bagi memastikan fizikal pemain sentiasa pada tahap optimum bagi perlawanan seterusnya.
“Kami terpaksa merehatkan beberapa pemain termasuk Safiq Rahim ekoran dia menerima kad kuning. Pada masa yang sama, Gonzalo Cabrera juga dikeluarkan kerana keadaan fizikalnya yang kurang baik,” katanya.
Ulasan
Catat Ulasan