JDT mahu menang di Larkin



SKUAD Melaka United enggan pulang dengan tangan kosong apabila bakal berdepan JDT dalam saingan Liga Super di Larkin malam ini.


PARA pemain JDT mahu menghadiahkan kemenangan buat penyokong skuad Harimau Selatan apabila melayan skuad Sang Kancil di Larkin malam ini.


FAZLY (depan) giat menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Johor Bahru malam tadi menjelang aksi Liga Super JDT menentang Melaka United di Larkin malam ini.

BIARPUN bergelar juara Liga Super empat musim berturut-turut, namun kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap berwaspada ancaman Melaka United (MU) pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin malam ini.
Pemain skuad Harimau Selatan, Muhammad Fazly Mazlan menyifatkan pasukan Sang Kancil itu mempunyai kelebihan tersendiri sekali gus mampu menghuni tangga keempat dalam kedudukan Liga Super musim ini.
“Melaka United merupakan sebuah pasukan yang bagus. Bagi skuad JDT, kita tidak boleh pandang rendah kepada mana-mana pasukan kerana mereka mempunyai kelebihan masing-masing.
“Apa pun, yang paling pen­ting para pemain JDT akan memberi persembahan terbaik untuk perlawanan esok (malam ini),” katanya ketika dihubungi di Johor Bahru semalam.

Ulasan