Rangkul Piala Sumbangsih setelah kecewakan Kedah 2-1 di Larkin
JUARA Liga Super 2017, kelab
Johor Darul Ta’zim (JDT) membuka tirai Liga Malaysia (Liga M) dengan penuh
bergaya apabila menewaskan Kedah 2-1 dalam aksi Piala Sumbangsih di Larkin
malam tadi.
Dalam aksi di Stadium Tan Sri Dato’ Haji
Hassan Yunos, Larkin itu, Pablo Pallares membuka tirai jaringan buat pasukan
pelawat pada minit ke-14 apabila memanfaatkan kesilapan penjaga gol JDT, Izham
Tarmizi.
Skuad Harimau Selatan bagaimanapun menemui
rentak dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Luciano Figueroa yang bijak
memanfaatkan sepakan percuma kapten, Safiq Rahim pada minit ke-29.
Pasukan gergasi Liga M itu terus
menggandakan asakan dan akhirnya JDT menemui gol kemenangan menerusi tonggak
pertahanan import, Marcos Antonio selepas memanfaatkan hantaran La’Vere Corbin-Ong
pada minit ke-58.
Skuad Helang merah cuba mengatur gerak
untuk mencari gol penyamaan, namun keputusan 2-1 kekal sehingga tamat
perlawanan.
Kejayaan itu menyaksikan skuad Harimau
Selatan membuka tirai Liga M dengan menjuarai Piala Sumbangsih dan tiga mata
penting untuk aksi pertama Liga Super.
SAFIQ (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Kedah, Khairul Helmi Johari pada aksi pertama Liga Super di Larkin malam tadi.
Ulasan
Catat Ulasan